Tuesday 14 January 2014

MENGENANG PERISTIWA 14 JANUARI ...

Assalamualaikum...
Lama sudah koi x tulis dlm blog ni,, bersempena hari ini bertarikh ulang tahun Kelahiran Nabi Agung Nabi Muhammad S.A.W 12 RabiulAwal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 .. terpanggil pulok koi untuk menulis.. dek kerana mengingati peristiwa sedih yang melanda diriku dan juga semua ahli keluargaku tatkala tanggal 14 januari ,, dan kini 14 Januari 2014 genap 3 tahun pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah .. kami amat merindui ayah.. walaupun sudah 3 tahun pemergiannya.. bagaikan dia ada di sisi kami sekarang ini,, kerana ayahku seorang yang baik dengan semua anak-anaknnya.. sebab dia adalah ayah, kawan, teman , kekasih bagi kami sekeluarga .. kehilangannya adalah kehilangan tempat kami bergantung ..kerana ayah ketua dalam keluarga kami...

Selalu koi teringatkan ayah,, koi selalu mencari2 lagu yg didendangkan oleh Aisyah bertajuk Ayah ...
lagu ini, bagai ada kena mengena dgn koi dan kami sekeluarga ,, adik2 koi..
























TERJEMAHAN DOA TAHLIL ...

 Alhamdulillahi-rabbil a-lamin Segala pujian hanya bagi Allah yang menguasai pemerintahan semesta alam dengan sanjungan yang sesuai dengan nikmat-nikmatNya dan sejajar dengan tambahan anugerahNya. Ya Rabbana Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.
Allahumma Ya Allah,cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dengan kesejahteraan yang dapat menyelamatkan kami daripada segenap kekalutan dan kemusnahan, yang dapat menunaikan segala hajat dan keperluan, yang dapat membersihkan kami daripada segala kejahatan, yang dapat mengangkat kami ke darjat yang tinggi serta dapat menyampaikan kami ke kemuncak harapan daripada segala kebaikan semasa hidup di dunia dan selepas mati.
Subha-naka Maha suci Engkau Ya Allah, tidaklah terkira oleh kami pujian yang selayaknya untukMu sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri. Maka untukMu juga segala pujian sebelum Engkau meredhai kami. UntukMu jua segala pujian setelah itu, setelah Engkau terus-menerus meredhai kami selama-lamanya.
Allahumma Ya Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami, berikanlah kami ganjaran yang besar, muliakanlah akhlak kami, luaskanlah rezeki kami dan terangilah hati dan kubur kami, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, ganjarilah kami atas bacaan kami ini dengan ganjaran yang melimpah ruah dan pahala yang besar daripadaMu. Terimalah daripada kami dengan kurniaMu dan kasih-sayangMu sebagai penerimaan yang berkat lagi indah.
Ya Allah, jadikanlah pahala apa yang kami baca, keberkatan apa yang kami lafazkan, selawat kami kepada Nabi Muhammad s.a.w, juga bacaan tahlil kami dan takbir kami ini sebagai hadiah dari kurniaan rahmatMu, kami persembah dan hadiahkan kepada hadrat Nabi s.a.w. demi menambahkan lagi kemuliaannya yang telah sedia agung.
Termasuklah kepada roh-roh datuk nenek dan saudara maranya dari kalangan nabi-nabi dan rasul- rasul. Juga kepada para pemimpin kami dari kalangan khulafa ar-Rasyidin yakni Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta kepada semua sahabat, kaum kerabat, para tabiin dan orang-orang yang mengikut mereka dengan kebaikan sampai ke hari akhirat.
Ya Allah, jadikanlah ganjaran pahala seumpama demikian ini di samping anugerah tambahan dan kasih sayang redaMu kepada ruh Al-Marhum/Al-Marhumah :  MAT YUSUF BIN SITI AMINAH / SITI AMINAH BT SERIPAH / MOHD TAJUDDIN B SERIPAH / ABAS BIN HABSAH / TIJAH BT SENI / SITI AMINAH BT SAUDAH / DILU BIN DAYANG  yang kami berkumpul di sini kerana mereka dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk mereka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentang diri mereka dan nama mereka dan Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya dalam melepaskan mereka daripada seksaan dan azabMu, Ya akramal akromin.

Ya Allah, sampaikanlah pahala itu kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang benderang di hadapan mereka dan dengan rahmatMu Ya Allah kurniakanlah anugerahMu kepada mereka. Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai rahmat yang amat luas. Ampunilah mereka dengan keampunan yang meliputi semua dosa. Ya malikaddunya wal akhirah. Ya rabbal a-lamin.
Allahummaghfirlahu-warhamhu-wa-afili-waxfu anhu (ha/hum) Ya Allah, ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka, hindarilah mereka daripada keburukan dan maafkan mereka. Muliakanlah pertemuan mereka, luaskanlah laluan mereka, mandikanlah mereka dengan kesejukan mandian rahmatMu, bersihkanlah mereka daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian yang putih yang dibersihkan daripada kekotoran. Anugerahkanlah untuk mereka rumah, keluarga dan pasangan yang lebih istimewa. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dan hindarilah mereka daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka.
Ya Allah, jadikanlah juga pahala seumpama yang demikian itu dalam suratan kami dan dalam suratan ibu bapa kami, guru-guru kami, mereka yang ada bersama kami dan yang tidak bersama kami, mereka yang masih hidup di kalangan kami atau yang telah mati, juga kepada umat Islam seluruhnya.
Ya Allah perelokkanlah kesudahan kami dalam segenap urusan. Hindarkanlah kami daripada kerugian dunia dan azab di akhirat, Ya rabbal a-lamin.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang dipelihara.
Janganlah kiranya Ya Allah dijadikan siapa sahaja di kalangan kami atau yang bersama kami mendapat kecelakaan dan terhalang dari rahmatMu.
Ya Allah, pimpinlah orang yang kurang baik di kalangan kami kepada orang yang berbuat kebaikan dan yang cuai kepada yang beramal. Janganlah dijadikan kami hidup dalam kelalaian dan janganlah dihukum kami dalam keadaan terpedaya. Jadikanlah perkataan kami yang terakhir tatkala sampai ajal kami kalimah La ilaha illallah. Matikanlah kami di alas kalimah itu tanpa terfitnah, tanpa sesat dan menyesatkan, tanpa mengubah dan memindanya. Cukuplah Engkau untuk kami dan Engkaulah sebaik-baik pelindung. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhiratjuga kebaikan serta hindarkanlah kami daripada azab neraka. Sebaik-baik selawat dan sesempurna salam kami persembahkan kepada junjungan kami Muhammad s.a.w penutup segala nabi dan rasul, juga kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha suci Allah, Tuhan yang suci daripada segala yang disifatkan oleh mereka yang kufur; salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

__________________________________________________________________________________

SENIKATA LAGU AYAH  - AISYAH 

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh~ Ayah

Oh~ Ayah

SEMOGA AYAH DICUCURI RAHMAT ALLAH,, MOGA DI TEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AMIIN...
SEMOGA DI KITA SEKELUARGA AKAN BERTEMU DAN BERBAHAGIA DI SANA NANTI ,, INSYAALLAH

AL FATIHAH ....