Thursday 15 January 2015

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW

on Tuesday, December 6, 2011 

Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar kita sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.

Untuk mendengar kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi juga amalan doa yang diamalkan oleh beliau sila klik di link berikut;

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

on Monday, December 5, 2011 

waktumustajabberdoa

Waktu-waktu Mustajab Berdoa Menurut Ibn `Atha (ini saya perkirakan Ibn ‘Athailah, pengarang al Hikam, koreksi jika salah), doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :



Ketika hendak solat


Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
 . Sabda Nabi s.a.w

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )
Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)
Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )
Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)
Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)
Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )


Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )
Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )


Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)


Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)

Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
 . Sabda Nabi s.a.w.

“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .
Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )

Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud
“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”
Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )
Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )
Sumber: http://adeqshah.multiply.com/journal/item/97
Tambahan,
Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk

on Thursday, May 31, 2012 



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. .
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya. .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekatan, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

Wallahua’lam bish showab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

AMALAN UNTUK SELAMAT SEKSA KUBUR????

on Thursday, March 1, 2012 

amalanuntukselamatseksakubur


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.


Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Kerang Masam Manis Ala Thai

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kerang segar (atau yang telah direbus)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 pokok kecil daun ketumbar, hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
2 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili Thai (che mat guna jenama 'LIFE')
2 camca besar sos Plum (che mat guna jenama 'LIFE')
1/4 cawan air
1 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dala kuali, tumis bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos cili thai, sos plum dan air, kacau rata.
  2. Tambah daun limau purut dan kerang, kacau rata. Masukkan bawang besar, cili padi, gula dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan daun ketumbar yang dihiris tadi. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Sedap dimakan panas...

Try Buat Asam Pedas Daging

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging lembu
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam kisar
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Tambah daging dan daun kesom, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas). Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Kehebatan Sheikh Abdul Qadir Jailani

Sheikh Abdul Qadir Jailani terkenal sebagai salah seorang ulama besar pada masanya. Malah beliau juga dikenal mempunyai banyak keramah dan tokohTariqat Al Qadiriyah

Beliau adalah daripada keturunan Rasullulah saw  dan menuntut berbagai bidang ilmu agama di Parsi dan Baghdad dari berpuluh orang ulama besar hingga beliau menjadi alim dan mempunyai ramai muridnya sendiri di kota Baghdad, Iraq. 

Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah saw dan baginda telah meludah ke dalam mulutnya tujuh (7) kali. Sejak peristiwa itu beliau menjadi lebih pintar menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai dan banyak ilmu hakikat yang diperolehinya. 

Bagaimanapun, untuk mencapai ilmu hakikat kurniaan Allah itu beliau pernah mengasingkan diri selama berpuluh tahun untuk beribadat, berpuasa, berzikir, dan membaca al-quran khatam setiap malam. 

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada sekumpulan ulama hendak menguji ilmu beliau lalu mereka mengundang beliau hadir ke majlis itu, tetapi tidak ada seorang pun yang berani bercakap. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan ingatan mereka hilang sekaligus. 

Akhirnya sheikh Abdul Qadir mengangkat kepalanya dan meminta mereka mula berbicara. Tetapi orang yang mula berbicara terus meminta maaf kepadanya kerana berniat buruk terhadapnya. 
Kemudian beliau pun menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya hingga semuannya berpuas hati. 
Sheikh Abdul Qadir adalah seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat siang dan malam, sentiasa berwuduk dan solat sunat dua rakaat. 

Syeikh Abdul Fattah Al Harawi, khadamnya yang berkhidmat selama 40 tahun berkata : "Pada suatu malam aku melihat beliau solat sunat 2 rakaat, kemudian berzikir sampai tiga perempat malam yang pertama. 

"Selama berzikir itu aku lihat tubuhnya diselimuti oleh semacam nur hingga tubuhnya tidak kelihatan. Kemudian beliau berdiri dan solat sunat dengan memanjangkan bacaan al-quran dan sujudnya. 

Sesudah itu beliau berzikir lagi hingga terbit fajar. Pada saat-saat akhir aku dengar suara orang memberi salam dan beliau menjawab salam itu satu persatu sampai tiba solat subuh."

Sheikh Abdul Qadir pernah menceritakan pengalaman dirinya sendiri waktu dia masuk ke negeri Iraq dan dapat berjumpa dengan Khidir seperti pertemuan pertemuan Khidir dengan Nabi Musa dahulu (baca kisah pertemuan ini dalam surah al-Kahfi). 

Khidir menyuruh beliau duduk di suatu tempat hingga dia datang lagi."Aku duduk di situ selama setahun hingga Khidir datang lagi. Pada mulanya Sheikh Abdul Qadir makan daun kayu dan rumput untuk hidup dan minum air. 

Selama setahun, beliau berpuasa dan tidak tidur. Akhirnya pada suatu malam yang dingin dia merasa mengantuk dan tertidur. Dalam tidurnya itu dia ihtilam (mimpi jimak ) hingga keluar mani. Lalu dia mandi wajib di dalam sungai. Sesudah itu dia tertidur lagi dan ihtilam lagi berkali sebanyak 40 kali. 

Akhirnya beliau berjaya melawan tabiat tidurnya dan beribadat tanpa tidur lagi. 

Diriwayatkan bahawa seorang ibu pernah membawa puteranya kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk diajar semoga anak itu akan menjadi seperti beliau. Anak itu, pun disuruhnya beribadat siang dan malam serta mengurangkan tidur dan makan. 

Pada suatu hari ibunya datang dan melihat tubuh anaknya kurus dan lemah lalu dia pergi menemui Syeikh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau makan ayam di atas meja. Wanita itu pun menyatakan kesalnya kerana anaknta sendiri kelihatan kurus dan lemah.


Syeikh Abdul Qadir pun meletakkan tangannya di atas tulang-tulang ayam di dalam pinggan itu dan berkata:"bangkitlah wahai ayam dengan izin Allah." Si ibu itu kehairanan melihat tulang-tulang ayam tadi bertukar menjadi ayam yang hidup. 

"Kalau puan mahu anak puan makan makanan yang baik-baik bersabarlah sampai dia menjadi seperti saua." 

Syeikh Al Harawi melaporkan bahawa pada suatu hari beliau melihat 3 ekor kuda menarik kereta yang berisi khamar (arak). Perjalanan kereta itu dikawal beberapa askar menunjukkan khamar itu kepunyaan kerajaan. 

Syeikh Abdul Qadir menyuruh para pengawal itu berhenti,namun tiada seorang pun yang sanggup mengikut perintahnya. Kemudian Sayid Abdul Qadir berkata kepada kuda-kuda itu:"Wahai kuda berhentilah kamu dengan izin Allah." Mala kuda-kuda itu pun berhenti.


Syeikh Abdul Qadir mengambil botol-botol khamar itu dan memecahkannya dengan katanya :"Khamar ini telah menjadi cuka dan tidak boleh diminum lagi." 


Syeikh Al Harawi berkata :"Aku menjamah isi botol yang pecah itu dan bila aku rasa memang isinya telah bertukar menjadi cuka." 
Diriwayatkan pada suatu hari Sayid Abdul Qadir berada dalam sebuah majlis muridnya, tiba-tiba ada seekor burung helang berlegar-legar sambil membuat bising di atas kepala mereka. 


Syeikh Abdul Qadir berkata:"Wahai angin, putuskanlah kepala burung itu." Dengan izin Allah burung itu jatuh dan kepalanya telah putus. 


Kemudian beliau pun mengambil badan burung itu, dan kepalanya sambil berkata:"Bismillahir Rahmanir Rahim" hiduplah wahai burung." Maka burung yang mati itu hidup kembali. Hal ini disaksikan oleh orang ramai di majlis itu. 

Pada suatu masa sungai Tigris di Iraq naik sampai ke tebingnya akibat hujan lebat. Penduduk Baghdad jadi ketakutan kerana arus sungai yang deras boleh merosakkan harta benda dan tanaman mereka. 

Mereka pergi menemui Abdul Qadir Jailani meminta pertolongannya. Beliau pun pergi ke tebing sungai itu. Sambil menyentuhkan hujung tongkat itu ke tebing sungai dan berkata:"Hai Tigris, tetaplah kau pada had ini sahaja dengan izin Allah." 

Air sungai Tigris itu pun surut pada garis yang ditandakan oleh beliau dengan tongkatnya dan penduduk Baghdad pun terselamat. 
Diriwayatkan pada suatu masa Khalifah yang berpusat di kota Baghdad telah datang orang membawa wang emas untuk dihadiahkan kepada Syeikh Abdul Qadir. Ketika kantung wang emas itu diletakkan dihadapannya beliau menekankan tangannya pada kantung itu lalu mencurahlah darah keluar daripada dalamnya. 
Beliau berkata:"Tuan hamba telah mengambil wang ini secara paksa dari orang ramai. Wang ini sebenarnya adalah darah mereka yang tuan peras." 

Mendengar kenyataan itu, khalifah itu rebah pengsan. 
Syeikh Abdul Qadir Jailani wafat pada bulan Rabiul Awal tahun 561H ketika berumur 91 tahun. Makamnya di Baghdad diziarahi oleh beribu-ribu orang islam setiap hari hingga sekarang. 

Sumber : 
Buku "Siapa  Wali?" 
Mustaffa Suhaimi  

Ketahui Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari Anda


Ketahui Penyakit Melalui Jari Anda

Asas 5 Jari

Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
 
 

Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang. 
Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.