Assalamualaikum... Bismillahirrahmaanirrahiim....
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT , kerana masih bernafas di ketika dan saat ini, hari ini merupakan hari akhir dalam kalender masihi 2012, tanggal 31 Disember 2012 .. banyak peristiwa pahit dan manis berlaku di dalam kehidupan sepanjang tahun ini, tp biarlah ia menjadi kenangan yang abadi dalam hidupku, nak di kisahkan panjang berjela.. cuma yang paling kuingati ialah 9 Safar 1434H bersamaan 23 Disember 2012 genap 2 tahun pemergian ayahandaku tersayang mengikut kalendar islam,, kalau mengikut kalender masihi 14 Januari 2013 nanti genap 2 tahun ... (AL FATIHAH BUAT AYAHANDAKU HAJI MAT YUSUF BIN HAJI DILU) ..
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT jua,, bondaku Sihat sepanjang tahun ini,, mudah2han beliau sihat selalu hendaknya.. di samping doa2 drp anakanda2 beliau semuanya.. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan untuknya,,, semoga kami anak2 beliau dapat menjadi Qurratun A'yuun untuknya,, sbg penghilang kedukaan beliau dengan sebab ketiadaan ayahanda di sisinya...
Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT, tanggal 16 Oktober 2012 yang lalu genap 13 Tahun perkhidmatanku dalam jawatanku sekarang ... semoga aku dpt berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang di masa akan datang ... insyaallah...
Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah SWT ... di atas segala macam nikmat yang diberi sepanjang kehidupanku di Dunia di sepanjang Tahun ini ...
SELAMAT TAHUN BARU 2013 ....
No comments:
Post a Comment