Assalamualaikum ..
Tanggal 16 Oktober
(16 Oktober1999 hingga 16 Oktober 2018 (19 Tahun)
adalah hari ulangtahun perkhidmatanku sebagai pembantu operasi nama sekarang, dulu masa mula berkhidmat gelaran jawatan Pembantu Am Rendah (PAR) Gred N13 kemudian tukar ke gelaran Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 , sekarang gelaran jawatan Pembantu Operasi Gred N11 ..
Alhamdulillah masih di sini di SK LKTP Jengka 8
Semoga terus di sini hingga pencen ..tapi xtaulah knnnn.
kita hanya merancang Allah jua penentu segala..
Perancangan Allah yang Maha Terbaik...
Hari ini menerima jemputan Kak Rosmawati (pembantu operasi SK Jengka 14 , tempoh berkhidmat 1979 - 2018 selama 39 tahun) yang mengadakan majlis Persaraan Wajib pada hari ini bersama Guru Besarnya sekali Cikgu Mohd Nor b. Mat Nali juga pernah bertugas di SK jengka 8 sebagai Guru Besar dari 2011 hingga 2014 ..
sepanjang kenal dengan kak ros , dia memang sahabat yang baik. ada hubungan saudara juga dengan aku .. yelah..kebanyakkn orang chenor ni.. ade yg sedara dan ade yg bukan..
tapi kak ros memang ade talian persaudaraan juge dgn ku..
lepas ni.. cume boleh berhubungan dengan telefon jelah..
di hari persaraan nye tadi, bawa jugalah cenderahati ikhlas dari hati ini buat kak ros dan gb ..
Alhamdulillah .. sedap jamuannya..
Jumpa juga 2pupu koi Cikgu Razak (abg Jak) GB SK Kg Awah .. dan juga waris juga ngan koi Abg Arifin Tok 4 Jengka 14.....
Gi ngan kak mila (Pembantu Operasi SK Jengka 9)
Alhamdulillah selesai..
PeRJalanAN SeORAng DEsA
Saujana Mata Memandang, Kehijauan sawah terbentang, Terhampar sungai mengalir, Perahu nelayan ke hilir, Pepohon melambai2, Beburung terbang berkicau riang, Di DESA kasih tertumpah, Indahnya bumi berTUAH
Wednesday, 17 October 2018
Monday, 24 September 2018
HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN
Assalamualaikum..
Sudah lama tidak menulis blog koi ni..
hari ini menulislah pulok..
sekarang sudah masuk tahun 1440H ..
insyaAllah ..Hijrah Ke Arah Kebaikan yang akan ku cuba laksanakan..
solat berjemaah di masjid ku laksanakan semula yang telah lama ku tinggalkan ..kini ku cuba untuk istiqamah dalam melaksanakan..
cuti sabtu ahad insyaallah dapat bersama jemaah di masjid
hari kerja asar x sempat nak berjemaah ..
tapi ku cuba jua..insyaallah.
Ya Allah ..
Berilah aku kekuatan untuk aku istiqamah ke arah kebaikan .dalam umur ku yang dah 40 keatas ini..
insyaAllah ..
disamping itu.. ku sambungkan semula silaturrahim dengan insan2 yang pernah berada di sampingku yang pernah rapat suatu masa dulu.. ku rapati semula silaturrahim yg semakin menjauh dan yang bakal ku dampingi insan2 yang baru berta'ruf dalam hidupku ..insyaAllah..
Semoga Allah SWT Memberkati Usahaku untuk ku istiqamah berjemaah dan hijrahku ke arah kebaikan ini, insyaAllah
Jemaah Masjid Jengka 8
Tuan Imam Haji Ramli
Tuan Imam Tuan Roslee
Tuan Bilal Haji Jaafar
Tuan Bilal Othman
Tuan Haji Ali
Tuan-tuan jemaah yang lain yang tak perlu kusebut namanya
Adindaku Abdul Hadi
Adindaku Salahuddin
Sahabatku Tuan Raduan
Adinda Faizulsham
Semoga Anda semua dirahmati Allah SWT ..Aamiin
Terima kasih kerana berada di dalam hidupku sepanjang Hijrahku ke arah Kebaikan ..
Assalamualaikum..
Sudah lama tidak menulis blog koi ni..
hari ini menulislah pulok..
sekarang sudah masuk tahun 1440H ..
insyaAllah ..Hijrah Ke Arah Kebaikan yang akan ku cuba laksanakan..
solat berjemaah di masjid ku laksanakan semula yang telah lama ku tinggalkan ..kini ku cuba untuk istiqamah dalam melaksanakan..
cuti sabtu ahad insyaallah dapat bersama jemaah di masjid
hari kerja asar x sempat nak berjemaah ..
tapi ku cuba jua..insyaallah.
Ya Allah ..
Berilah aku kekuatan untuk aku istiqamah ke arah kebaikan .dalam umur ku yang dah 40 keatas ini..
insyaAllah ..
disamping itu.. ku sambungkan semula silaturrahim dengan insan2 yang pernah berada di sampingku yang pernah rapat suatu masa dulu.. ku rapati semula silaturrahim yg semakin menjauh dan yang bakal ku dampingi insan2 yang baru berta'ruf dalam hidupku ..insyaAllah..
Semoga Allah SWT Memberkati Usahaku untuk ku istiqamah berjemaah dan hijrahku ke arah kebaikan ini, insyaAllah
Jemaah Masjid Jengka 8
Tuan Imam Haji Ramli
Tuan Imam Tuan Roslee
Tuan Bilal Haji Jaafar
Tuan Bilal Othman
Tuan Haji Ali
Tuan-tuan jemaah yang lain yang tak perlu kusebut namanya
Adindaku Abdul Hadi
Adindaku Salahuddin
Sahabatku Tuan Raduan
Adinda Faizulsham
Semoga Anda semua dirahmati Allah SWT ..Aamiin
Terima kasih kerana berada di dalam hidupku sepanjang Hijrahku ke arah Kebaikan ..
Moga Bermanfaat buatku ..Aamiin
اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِيوَاجْعَلِ الْإِ
سْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌفَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.
Ya Allah ya Tuhanku, aku ini
lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada
kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya
Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah
aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.
doa ini
bukan diamalkan untuk nampak gah di mata orang lain, tetapi supaya orang akan
hormat kat kita dan senang nak bergaul dengan kita.
Doa Terhindar Dari Sifat Sombong
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ
عَمَلٍ يُخْزِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ صَاحِبٍ يُؤْدِينِي. وَأَعُوذُبِكَ
مِنْ كُلِّ أَمَلٍ يُلْهِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ فَقْرِيُنْسِينِي.
وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ غِنًى يُطْغِينِي.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap
perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari
tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau
dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung
dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku
berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.
*sombong adalah satu penyakit hati yang amat kritikal yang harus
kita elakkan. Dengan sifat sombong, Allah dan manusia akan membenci kita
setrusnya memusnahkan hidup kita. Semoga kita sentiasa pandai mengawal diri
daripada sifat sombong walaupun sedikit. Sesungguhnya, walau apa pun kelebihan
yang kita ada, semua itu adalah pemberian Allah yang hanyalah sementara.
Doa agar hidup sebagai orang soleh
بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ
أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا
فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.
Dengan nama-Mu, wahai Tuhanku,
aku letakkan lambungku dan dengan izin Engkau aku mampu mengangkatnya. Apabila
Engkau mematikan aku, maka berilah rahmat padanya, tapi jika Engkau
melepaskannya (memberinya hidup), maka peliharalah dia sebagaimana Engkau
memelihara hamba-Mu yang soleh.
*semoga kita menjadi hambaNya yang soleh. Yang sentiasa menjauhkan
diri dari perkara maksiat , yang selalu bersyukur padaNya, yang selalu
menginsafi kesalahan dirinya. InsyaAllah. Kita nak jadi naka soleh. Kita nak
jadi hamba yang soleh. InsyaAllah. Amin.
Doa Agar sentiasa terdorong untuk berbuat kebaikan
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ
الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَلِي
وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ
مَفْتُونٍ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبًّا
يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu perbuatan yang banyak kebaikan,
meninggalkan berbagai kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan aku pohon
agar Engkau mengampuniku dan merahmatiku. Jika Engkau hendak menimpakan suatu
malapetaka bagi sesetengah orang, maka matikanlah aku dalam keadaan selamat,
agar tidak terkena fitnah itu. Aku memohon kepadaMu rasa cinta padaMu, cinta orang-orang
yang mencintaiMu dan cinta pada amalan yang akan mendekatkan aku untuk
mencintaiMu.
*************
Semoga kita semua menjadi hambaNya yang taat dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Doa Hilangkan Was was
يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا
حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا
قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى
وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ
كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Ya
Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar,
memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat
yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah
antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad,
ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
*********
Was-was
adalah berpunca daripada syaitan. Syaitan ingin mengganggu manusia terutamanya
ketika dalam ibadah. Contohnya dalam solat, kadang-kadang ada antara kita yang
was-was mengangkat takbir, was-was ketika berwudhuk dan lain-lain lagi. Sifat
was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat
was-was ini. InsyaAllah...
SPM pun dah dekat, eloklah amalkan doa ni... insyaAllah perasaan was was ketika memilih jawapan yang betul tidak mengganggu anda... Jawab lah dengan sebaik mungkin dan tawakal lah kepada Allah agar kita diberikan result yang cemerlang...
Doa ketika gelisah dan dukacita
اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ
عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ
قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ
أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ
اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ القُرْءَانَ
رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada
hambaMu dan anak kepada amahMu, jiwaku dalam tanganMu, berlaku atas diriku
semua keputusanMu, adil segala ketentuanMu ke atas diriku, aku memohon dengan
semua nama yang Engkau namakan diriMu atau pun yang Engkau turunkan dalam
kitabMu, atau yang Engkau ajarkannya sesiapa pun daripada para makhlukMu, atau
Engkau tetapkannya dalam ilmu ghaib hanya untuk Engkau sahaja yang
mengetahuinya, supaya Engkau menjadikan Al-Quran itu kesegaran hatiku, cahaya
dadaku, menghapuskan kesusahanku dan menghilangkan kerunsinganku.
*****
*Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa ditimpa kerunsingan atau dukacita,
maka hendaklah ia berdoa dengan doa tersebut.”
Ketika Nabi s.a.w menyampaikan hadis ini, seorang sahabat
menyampuk: “ Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya orang yang rudi ialah orang yang
meninggalkan semua kalimah (doa) ini, wahai Nabi!” Jawab baginda : “ Memang
benar. Oleh itu, kamu hendaklah membacanya kerana mengharapkan segala
permintaan akan dikabulkan, nescaya Allah akan menghapuskan kesusahannya dan
mengekalkan kesenangannya”.
(Riwayat Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim)
Doa ketika sakit
اَللَّهُمَّ اشْفِنِي وَأَنْتَ الشَّافِي
وَعَافِنِى وَأَنْتَ الْمُعَافِى. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ أَمْرَضْتَنِى لِقَبْضِ
رُوحِي فِي مَرَضِى هَذَا فَاجْعَلْ رُوحِى فِيمَنْ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ
الْحُسْنِى وَأَعِذْنِى كَمَا أَعَذْتَ اُوْلَئِكَ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ
مِنْكَ الْحُسْنِى.
Ya Allah, sembuhkanlah aku.
Engkau adalah Zat Penyembuh, dan selamatkanlah aku, Engkau adalah Zat Penyelamat.
Ya Allah, apabila Engkau rasakan sakit pada aku ketika roh hendak dicabut, maka
jadikanlah rohku itu termasuk roh-roh orang yang mendapat kebaikan. Dan
lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang berbuat baik.
***********
Sesungguhnya sakit itu adalah ujian Allah kepada
kita. Allah yang bagi kita sakit, maka mohonlah kembali kepada Allah agar Dia
memberikan kesembuhan.
Doa mohon kecintaan Allah
اَللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي
حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَي مِنْ نَفْسِي وَمَالِي
وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan
kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang
membawaku sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta
kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku,
keluargaku dan air yang dingin.
*doa ini adalah salah satu daripada doa Nabi Daud .a.s.
*Cintalah Allah lebih dari segala-galanya...
Doa Hindari Gangguan Sihir dan Syaitan
أَعُوذُبِكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ
مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ
السَّمَآءِ وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا
رَحْمَنُ.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang
tidak dapat ditembusi oleh orang baik ataupun jahat, daripada segala kejahatan
yang Dia ciptakan, Dia tanamkan dan Dia adakan, serta kejahatan yang turun
daripada langit dan yang naik kepadanya dan dari kejahatan yang
ditanamkan dalam bumi dan yang keluar darinya
daripada kejahatan malam dan siang, kejahatan setiap yang datang melainkan yang
datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pemurah.
*amalan sihir adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Sihir juga
boleh memberikan keburukan yang teramat sangat kepada mangsanya termasuklah
kematian. Zaman sekarang, manusia nak senang, suka guna sihir. Tak fikir dosa
pahala. Semoga kita dihindarkan Allah dari gangguan sihir dan syaitan ini.
InsyaAllah.
Tuesday, 17 July 2018
2-4 Julai 2018 ..isnin hingga rabu
BERTEMPAT DI BTPN PERAK
MOE - Kursus Pemantapan Penulisan Kertas Kerja Dan Semangat Kerja Berpasukan
Group Bahulu7 2-4 Julai 2018 , BTPN Perak
GROUP BAHULU 7
Dari Kiri : Abg Din , Abg Jamal, Kak Yati , Shas, Kak Azi, Koi dan Zamani |
Monday, 25 June 2018
*Tak mungkin anak2 hanya mampu mendoakan orang tuanya 5x sehari sahaja?*
(Ustad Arifin Nugroho)
(Ustad Arifin Nugroho)
Saya pernah datang ke Cairo, Mesir saya berkesempatan utk membeli sebuah buku yang dijual oleh seorang Syaikh di sebuah masjid.
Tajuk bukunya *Melipatgandakan keuntungan dengan berbakti kepada orang tua.*
Tajuk bukunya *Melipatgandakan keuntungan dengan berbakti kepada orang tua.*
Dalam satu bab dalam buku tersebut dibahas mengenai *Adab Kepada Orang tua*.
Dikatakan bahawa ,
"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orang tuanya hanya 5 kali dalam satu hari."
"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orang tuanya hanya 5 kali dalam satu hari."
Saya bingung, kenapa kita sudah mendoakan orang tua sehari 5 kali, masih dikatakan anak derhaka ?
Saya cuba balik semula ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya bertanya dan cuba dapatkan maklumat Syaikh yang kelmarin.
Dan setelah itu, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid.
Di sana, saya bertemu dengan beliau dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendoakan kedua orang tuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?
Syaikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan doa untuk kedua orang tua.
Dan saya bacakan doa yang biasa saya baca setelah solat.
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop."_, kata si Syaikh.
_"Ulangi lagi"._
_"Ulangi lagi"._
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi."_
_"Stop, ulangi lagi."_
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi"._
_"Stop, ulangi lagi"._
Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.
Kemudian si Syaikh bertanya kepada saya, _"Apakah kamu penat?"_
_"Tidak, Syaikh"_.
_"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca doa seperti yang kamu baca tadi?"_
_"Tidak, Syaikh"_.
_"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca doa seperti yang kamu baca tadi?"_
Kembali saya jawab tidak..
_"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu mengeluarkan peluh, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan doa ampun kepada kedua orang tuamu."_
_"Tapi kenapa kamu hanya meminta ampun buat orang tuamu sehari semalam cuma 5 kali?"_
_"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"_
_"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar belanja yang sudah dikeluarkan kedua orang tuamu untuk membesarkan kamu?"_
_"Dan sebagai balasannya, kamu hanya mampu mendoakan kedua orang tua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"_
_"Padahal satu kali ketika kamu membacakan doa untuk kedua orang tuamu, *Rabighfirli waliwali dayya*, ketika itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."_
_"Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orang tua yang ketika saat dia dikuburkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orang tua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."_
_"Sehinggakan si ahli kubur yang lain kehairanan, kenapa dia diangkat darjatnya seperti ini?"_
_"Kemudian jawab malaikat, *Ini berkat doa anak-anak mu*._
_Masya Allah_
Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan doa untuk kedua orang tua kita sehari lebih dari 50 kali?
*_Renung2kan lah_*
Subscribe to:
Posts (Atom)