Wednesday 17 October 2018

Assalamualaikum ..

Tanggal 16 Oktober
 (16 Oktober1999 hingga 16 Oktober 2018 (19 Tahun)
adalah hari ulangtahun perkhidmatanku sebagai pembantu operasi nama sekarang, dulu masa mula berkhidmat gelaran jawatan Pembantu Am Rendah (PAR) Gred N13 kemudian tukar ke gelaran Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 , sekarang gelaran jawatan  Pembantu Operasi Gred N11 ..
Alhamdulillah masih di sini di SK LKTP Jengka 8
Semoga terus di sini hingga pencen ..tapi xtaulah knnnn.
kita hanya merancang Allah jua penentu segala..
Perancangan Allah yang Maha Terbaik...

Hari ini menerima jemputan Kak Rosmawati  (pembantu operasi SK Jengka 14 , tempoh berkhidmat 1979 - 2018 selama 39 tahun) yang mengadakan majlis Persaraan Wajib pada hari ini bersama Guru Besarnya sekali Cikgu Mohd Nor b. Mat Nali juga pernah bertugas di SK jengka 8 sebagai Guru Besar dari 2011 hingga 2014 ..

sepanjang kenal dengan kak ros , dia memang sahabat yang baik. ada hubungan saudara juga dengan aku .. yelah..kebanyakkn orang chenor ni.. ade yg sedara dan ade yg bukan..
tapi kak ros memang ade talian persaudaraan juge dgn ku..
lepas ni.. cume boleh berhubungan dengan telefon jelah..
di hari persaraan nye tadi, bawa jugalah cenderahati ikhlas dari hati ini buat kak ros dan gb ..
Alhamdulillah .. sedap jamuannya..








Jumpa juga 2pupu koi Cikgu Razak (abg Jak) GB SK Kg Awah .. dan juga waris juga ngan koi Abg Arifin Tok 4 Jengka 14.....

Gi ngan kak mila (Pembantu Operasi SK Jengka 9)

Alhamdulillah selesai..

Monday 24 September 2018


GAMBAR KENANGAN AWAL TAHUN 2018

BERSAMA GENG KURSUS MUAFAKAT FELDA DI INSTITUT LATIHAN FELDA , KUALA TERENGGANU





BERSAMA GENG KURSUS PENULISAN SURAT DAN MEMO BERKUALITI DI INSTITUT LATIHAN ILMU ISLAM MALAYSIA , CAWANGAN KUALA TERENGGANU


GAMBAR KENANGAN 2017/2018

Dari Kiri : Puan Wan Nasiah bt Wan Salim , Encik Mohd Dzahaimi b. Mamud , Encik Azemi b. Sagir , Puan Hajah Zahalina bt Mat Yusof @ Ismail, Puan Hilawati bt. Abd Rahman dan Encik Mohd Yussri b. Mat Yusuf

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN

Assalamualaikum..
Sudah lama tidak menulis blog koi ni..
hari ini menulislah pulok..

sekarang sudah masuk tahun 1440H ..
insyaAllah ..Hijrah Ke Arah Kebaikan yang akan ku cuba laksanakan..
solat berjemaah di masjid ku laksanakan semula yang telah lama ku tinggalkan ..kini ku cuba untuk istiqamah dalam melaksanakan..
cuti sabtu ahad insyaallah dapat bersama jemaah di masjid
hari kerja asar x sempat nak berjemaah ..
tapi ku cuba jua..insyaallah.

Ya Allah ..
Berilah aku kekuatan untuk aku istiqamah ke arah kebaikan .dalam umur ku yang dah 40 keatas ini..
insyaAllah ..

disamping itu.. ku sambungkan semula silaturrahim dengan insan2 yang pernah berada di sampingku yang pernah rapat suatu masa dulu.. ku rapati semula silaturrahim yg semakin menjauh dan yang bakal ku dampingi insan2 yang baru berta'ruf dalam hidupku ..insyaAllah..

Semoga Allah SWT Memberkati Usahaku untuk ku istiqamah berjemaah dan hijrahku ke arah kebaikan ini, insyaAllah

Jemaah Masjid Jengka 8
Tuan Imam Haji Ramli
Tuan Imam Tuan Roslee
Tuan Bilal Haji Jaafar
Tuan Bilal Othman
Tuan Haji Ali
Tuan-tuan jemaah yang lain yang tak perlu kusebut namanya
Adindaku Abdul Hadi
Adindaku Salahuddin
Sahabatku Tuan Raduan
Adinda Faizulsham

Semoga Anda semua dirahmati Allah SWT ..Aamiin

Terima kasih kerana berada di dalam hidupku sepanjang Hijrahku ke arah Kebaikan ..




Moga Bermanfaat buatku ..Aamiin

 Doa agar dilihat mulia dan berkarisma



اَللَّهُمَّ  إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِيوَاجْعَلِ الْإِ
سْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ  اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌفَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.

Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.


doa ini bukan diamalkan untuk nampak gah di mata orang lain, tetapi supaya orang akan hormat kat kita dan senang nak bergaul dengan kita.


Doa Terhindar Dari Sifat Sombong

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ عَمَلٍ يُخْزِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ صَاحِبٍ يُؤْدِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ أَمَلٍ يُلْهِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ فَقْرِيُنْسِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ غِنًى يُطْغِينِي.


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.


*sombong adalah satu penyakit hati yang amat kritikal yang harus kita elakkan. Dengan sifat sombong, Allah dan manusia akan membenci kita setrusnya memusnahkan hidup kita. Semoga kita sentiasa pandai mengawal diri daripada sifat sombong walaupun sedikit. Sesungguhnya, walau apa pun kelebihan yang kita ada, semua itu adalah pemberian Allah yang hanyalah sementara.




Doa agar hidup sebagai orang soleh
بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.


Dengan nama-Mu, wahai Tuhanku, aku letakkan lambungku dan dengan izin Engkau aku mampu mengangkatnya. Apabila Engkau mematikan aku, maka berilah rahmat padanya, tapi jika Engkau melepaskannya (memberinya hidup), maka peliharalah dia sebagaimana Engkau memelihara hamba-Mu yang soleh.


*semoga kita menjadi hambaNya yang soleh. Yang sentiasa menjauhkan diri dari perkara maksiat , yang selalu bersyukur padaNya, yang selalu menginsafi kesalahan dirinya. InsyaAllah. Kita nak jadi naka soleh. Kita nak jadi hamba yang soleh. InsyaAllah. Amin.







Doa Agar sentiasa terdorong untuk berbuat kebaikan

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَلِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي  إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu perbuatan yang banyak kebaikan, meninggalkan berbagai kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan aku pohon agar Engkau mengampuniku dan merahmatiku. Jika Engkau hendak menimpakan suatu malapetaka bagi sesetengah orang, maka matikanlah aku dalam keadaan selamat, agar tidak terkena fitnah itu. Aku memohon kepadaMu rasa cinta padaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cinta pada amalan yang akan mendekatkan aku untuk mencintaiMu.

*************
Semoga kita semua menjadi hambaNya yang taat dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Doa Hilangkan Was was

يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Ya Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar, memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

*********
Was-was adalah berpunca daripada syaitan. Syaitan ingin mengganggu manusia terutamanya ketika dalam ibadah. Contohnya dalam solat, kadang-kadang ada antara kita yang was-was mengangkat takbir, was-was ketika berwudhuk dan lain-lain lagi. Sifat was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat was-was ini. InsyaAllah...

SPM pun dah dekat, eloklah amalkan doa ni... insyaAllah perasaan was was ketika memilih jawapan yang betul tidak mengganggu anda... Jawab lah dengan sebaik mungkin dan tawakal lah kepada Allah agar kita diberikan result yang cemerlang...

Doa ketika gelisah dan dukacita

اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ القُرْءَانَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu dan anak kepada amahMu, jiwaku dalam tanganMu, berlaku atas diriku semua keputusanMu, adil segala ketentuanMu ke atas diriku, aku memohon dengan semua nama yang Engkau namakan diriMu atau pun yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkannya sesiapa pun daripada para makhlukMu, atau Engkau tetapkannya dalam ilmu ghaib hanya untuk Engkau sahaja yang mengetahuinya, supaya Engkau menjadikan Al-Quran itu kesegaran hatiku, cahaya dadaku, menghapuskan kesusahanku dan menghilangkan kerunsinganku.

*****
*Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa ditimpa kerunsingan atau dukacita, maka hendaklah ia berdoa dengan doa tersebut.”
Ketika Nabi s.a.w menyampaikan hadis ini, seorang sahabat menyampuk: “ Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya orang yang rudi ialah orang yang meninggalkan semua kalimah (doa) ini, wahai Nabi!” Jawab baginda : “ Memang benar. Oleh itu, kamu hendaklah membacanya kerana mengharapkan segala permintaan akan dikabulkan, nescaya Allah akan menghapuskan kesusahannya dan mengekalkan kesenangannya”.
(Riwayat Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim)
Doa ketika sakit

اَللَّهُمَّ اشْفِنِي وَأَنْتَ الشَّافِي وَعَافِنِى وَأَنْتَ الْمُعَافِى. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ أَمْرَضْتَنِى لِقَبْضِ رُوحِي فِي مَرَضِى هَذَا فَاجْعَلْ رُوحِى فِيمَنْ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى وَأَعِذْنِى كَمَا أَعَذْتَ اُوْلَئِكَ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى.


Ya Allah, sembuhkanlah aku. Engkau adalah Zat Penyembuh, dan selamatkanlah aku, Engkau adalah Zat Penyelamat. Ya Allah, apabila Engkau rasakan sakit pada aku ketika roh hendak dicabut, maka jadikanlah rohku itu termasuk roh-roh orang yang mendapat kebaikan. Dan lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang berbuat baik.

***********

Sesungguhnya sakit itu adalah ujian Allah kepada kita. Allah yang bagi kita sakit, maka mohonlah kembali kepada Allah agar Dia memberikan kesembuhan. 

Doa mohon kecintaan Allah

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَي مِنْ نَفْسِي وَمَالِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yang dingin.

*doa ini adalah salah satu daripada doa Nabi Daud .a.s.
*Cintalah Allah lebih dari segala-galanya...
Doa Hindari Gangguan Sihir dan Syaitan

أَعُوذُبِكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang baik ataupun jahat, daripada segala kejahatan yang Dia ciptakan, Dia tanamkan dan Dia adakan, serta kejahatan yang turun daripada langit dan yang naik kepadanya dan dari kejahatan yang ditanamkan  dalam bumi dan yang keluar darinya daripada kejahatan malam dan siang, kejahatan setiap yang datang melainkan yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pemurah.


*amalan sihir adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Sihir juga boleh memberikan keburukan yang teramat sangat kepada mangsanya termasuklah kematian. Zaman sekarang, manusia nak senang, suka guna sihir. Tak fikir dosa pahala. Semoga kita dihindarkan Allah dari gangguan sihir dan syaitan ini. InsyaAllah.


Tuesday 17 July 2018


KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN KERTAS KERJA DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

2-4 Julai 2018 ..isnin hingga rabu
BERTEMPAT DI BTPN PERAK

MOE - Kursus Pemantapan Penulisan Kertas Kerja Dan Semangat Kerja Berpasukan

Group Bahulu7 2-4 Julai 2018 , BTPN Perak






GROUP BAHULU 7


Dari Kiri : Abg Din , Abg Jamal, Kak Yati , Shas, Kak Azi, Koi dan Zamani

















Monday 25 June 2018

*Tak mungkin anak2 hanya mampu mendoakan orang tuanya 5x sehari sahaja?*
(Ustad Arifin Nugroho)
Saya pernah datang ke Cairo, Mesir saya berkesempatan utk membeli sebuah buku yang dijual oleh seorang Syaikh di sebuah masjid.
Tajuk bukunya *Melipatgandakan keuntungan dengan berbakti kepada orang tua.*
Dalam satu bab dalam buku tersebut dibahas mengenai *Adab Kepada Orang tua*.
Dikatakan bahawa ,
"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orang tuanya hanya 5 kali dalam satu hari."
Saya bingung, kenapa kita sudah mendoakan orang tua sehari 5 kali, masih dikatakan anak derhaka ?
Saya cuba balik semula ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya bertanya dan cuba dapatkan maklumat Syaikh yang kelmarin.
Dan setelah itu, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid.
Di sana, saya bertemu dengan beliau dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendoakan kedua orang tuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?
Syaikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan doa untuk kedua orang tua.
Dan saya bacakan doa yang biasa saya baca setelah solat.
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop."_, kata si Syaikh.
_"Ulangi lagi"._
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi."_
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi"._
Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.
Kemudian si Syaikh bertanya kepada saya, _"Apakah kamu penat?"_
_"Tidak, Syaikh"_.
_"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca doa seperti yang kamu baca tadi?"_
Kembali saya jawab tidak..
_"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu mengeluarkan peluh, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan doa ampun kepada kedua orang tuamu."_
_"Tapi kenapa kamu hanya meminta ampun buat orang tuamu sehari semalam cuma 5 kali?"_
_"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"_
_"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar belanja yang sudah dikeluarkan kedua orang tuamu untuk membesarkan kamu?"_
_"Dan sebagai balasannya, kamu hanya mampu mendoakan kedua orang tua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"_
_"Padahal satu kali ketika kamu membacakan doa untuk kedua orang tuamu, *Rabighfirli waliwali dayya*, ketika itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."_
_"Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orang tua yang ketika saat dia dikuburkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orang tua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."_
_"Sehinggakan si ahli kubur yang lain kehairanan, kenapa dia diangkat darjatnya seperti ini?"_
_"Kemudian jawab malaikat, *Ini berkat doa anak-anak mu*._
_Masya Allah_
Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan doa untuk kedua orang tua kita sehari lebih dari 50 kali?
*_Renung2kan lah_*