Wednesday 22 September 2010

3 Syawal 1431H

3 syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 yang lalu keluarga dari belah ayahanda pulak datang , iaitu adik ayah bersama 2 orang anak kembarnya, menantu dan cucunya .. pada hari ketiga itu, kami buat laksa khas untuk tetamu yang datang terutamanya keluarga belah ayahandaku... Ikatan Silaturrahim terjalin kini,,,



Renungan Bersama...

Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na'im ...

Hiduplah engkau sebagaimana yang engkau kehendaki, tetapi ingat engkau akan mati jua.

Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya.

Buatlah apa saja yang engkau kehendaki, tetapi awas engkau akan dibalas atas apa yang engkau lakukan.

Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang yang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain...

Nasihat Pilih Sahabat...

NASIHAT AL-QAMAH : LIMA CARA PILIH SAHABAT

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah(seorang sahabat Rasulullah s.a.w) kepada anaknya :
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan kita jika kita kekurangan perbelanjaan , dia suka mencukupkan keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitung (menyebutnya).

3. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu , dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna , dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu dia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi , jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sunday 12 September 2010

Renungan Bersama...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

2 Syawal 1431H

2 Syawal 1431H /11 September 2010(sabtu). Hari Raya ke 2 ini, sedara belah bonda nak datang iaitu kekanda pada bonda, maklong dan anak cucunya.. Persiapan masakan seperti menu spt raya pertama semalam, bihun sup dan kuih muih... tp petang sampainya... sblm diorang datang tu, kawan lamaku Zuraina Ahmad datang bersama suami dan anaknya,.. memang lama dh tidak ku temui sejak 1987 hingga sekarang, cuma awal buka facebook yang lalu trjumpalah ramai kengkawan2 yang lama terpisah sejak tahun trsbt.. semalam asrol zaini dan yunos abu bakar ade datang ke umah aku.. alhamdulillah.. tak sempat nak ambil gambar untuk dijadikan kenangan bersama diorang.
Kawan adik bongsuku juga ada berkunjung dari bandar jengka dan kampung perak., Malam ini aku bersama hadi, Heri, Sham dan keon beraya di umah Muhamad Hafiz dan Naser.. sambung pulak malam esok, insyaallah .. tak tau lagi rumah siapa yang nak gi beraya... Rayakan Sebulan!!!


Keluarga dari kampung bergambar bersama kami


Sahabat yang berkunjung menjelang petang
Jamil, Raduan , Naser dan Zaqir

1 Syawal 1431H

1 Syawal 1431H, jatuh pada hari Jumaat 10 September 2010... Dialu2kan oleh Hujan rahmat daripada pagi hingga ke petang kadangkala rintik2, sekali sekala renyai2... hari ini ada 2 khutbah,,, ( khutbah solat sunat hari raya dan khutbah solat jumaat),.. catat sejarah solat hari raya dan solat jumaat teramai di tahun 2010 ini.. Alhamdulillah.. Begitulah indahnya hidup di desa...

Ayahanda dan bondaku tersayang


Keluargaku


geng tadarus ramadan beraya bersamaku ....

Bersama Adik angkatku Muhamad Hafiz

Bersama Abd Ghofur (Geng tadarus Ramadan)


Geng Tadarus Ramadan 2010


Friday 9 April 2010



Kelebihan Membaca Al Quran...

Amalan membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakuti

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-

"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".


Kini ia benar-benar terjadi.Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.

Wahai umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulai.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.

-Lembutkanlah lidahmu dengan
membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya

*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.

-Ikhlas kan hatimu
membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW

'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.

(Riwayat Ibnu Hibban)


-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan
membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"
Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda

'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)


-Mohonlah keampunan disulami dengan
membaca surah Yassin

Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda

'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)


Lalu bacakan lah pula
Surah Ad-Dukhan

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)


Tambahi lah dengan
membaca surah Al-Mulk

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"


-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah


Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda

'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.


-Inginkah kamu mati didalam syahid
amalkan lah surah Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda

'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'
kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.


Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda

'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)


Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.

Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk.

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN

Sunday 28 March 2010

Berkelah di Balok

27 Mac 2010 , hari sabtu ... berkelah di pantai balok bersama keluarga.. Alhamdulillah... seronok sekali sekala bersantai di tepi pantai sambil makan2 ni... adik koi nk hbis praktikal di Hyatt Hotel, Teluk Cempedak pada 31.03.2010 ... berkesempatanlah kome berkelah ni..

Friday 26 March 2010

Mutiara Kata Sekadar Buat Renungan...

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil
Al-Ma'arij: 19-21

Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
As-Saff: 3

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan
Al-Baqarah: 263

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah
Hadis riwayat Muslim

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian
Hadis riwayat Muslim

Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu)
Hadis riwayat Bukhari

Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka
Hadis riwayat Bukhari

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati
Hadis riwayat Abu Dunya

Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi

Celakalah orang yang ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu, celakalah dia
Hadis riwayat At-Tarmidzi

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
Khalifah Umar al-Khattab

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
Khalifah Umar al-Khattab

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah
Abu Bakar As-Siddiq

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya(yang berilmu juga)
Khalifah Ali bin Abi Talib

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
Khalifah Ali bin Abi Talib

Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
ahli hikmah

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas
ahli hikmah

Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
ahli hikmah

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
Yazid bin Abi Habib

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya
Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya
Ahmad Athaillah

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban
Al-Hassan Al-Bashri

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
Ibrahim bin Adham

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman
Abul Qasim Al-Junaid

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah
ahli hikmah

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya
ahli hikmah

Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
ahli hikmah

Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit
Nabi Isa A.S

Alangkah baiknya jika kita boleh membuka dan menutup telinga semudah kita menutup dan membuka mata
Georg Christoph Lichtenberg

Seorang yang bijak akan membetulkan kesilapannya daripada kesalahan orang lain
Syrus

Rahsia kejayaan ialah mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu
Aristotle Onassis

Dalam dunia ini, tidak ada kesilapan atau ketidaksengajaan. Semua yang mendatangi kita adalah untuk kita pelajari daripadanya
Elizabeth Kubler Ross

Kehadiran sesetengah orang itu meninggalkan kebahagiaan tetapi bagi sesetengah orang, ketiadaannya membawa kebahagiaan kepada orang lain
Oscar Wilde

Kebanyakan perkara penting yang berlaku di dunia ini disempurnakan oleh mereka yang terus dan sentiasa berusaha walaupun ia nampaknya tidak mempunyai harapan langsung
Dale Carnegie

The largest nation in the world is our imagiNATION
anonymous

There is no limit to what you can achieve, if you don’t mind who gets the credit
anonymous

Remember that just the moment you say “ I give up” someone else seeing the same situation is saying, “My, what a great opportunity"
anonymous

Where there is a hill to climb, don’t think that waiting will make it smaller
anonymous

The person who says something can’t be done is often interrupted by someone else doing it
anonymous

You see things that are and say WHY ? But I dream things that never were and say WHY NOT ?
George Bernard Shaw

Behold the turtle. He makes progress only when he sticks his neck out
James B. Conant

Remember that what’s right isn’t always popular and what is popular isn’t always right
anonymous

If you want to do something and you feel it in your bones that it’s the right thing to do, do it. Intuition is often as important as the acts
anonymous

Among those whom I like or admire, I can find no common denominator, but among those whom I love, I can: all of them make me laugh
W.H. Auden, The Dyer’s Hand (Random House)

A father is a man who expects his children to be as good as he meant to be
Carolyn Coats, Things Your Dad Always told You But You Didn’t Want To Hear (Nelson)

Wednesday 20 January 2010

Program Anak Angkat di Jengka 8...

15 hingga 17 Januari 2010 (Jumaat hingga ahad), Program Mesra Mahasiswa Universiti Malaya bersama Masyarakat FELDA Jengka 8 . Seramai 80 orang pelajar dari UM telah menjadi anak angkat penduduk jengka 8 ini, termasuklah keluargaku.. kami mengambil seorang sahaja, iaitu Mohd Zaqir b. Mokhtar (anak misi bibah)... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...

Bergambar kenang-kenangan bersama Mohd Zaqir anak angkat keluarga ku..

Ayahanda makan tengahari sebelum balik umah..

bersama En Jamil b. Harun

Bersama Nasir , Shamsuri, Azmi dan kak Milah

My kompang's group..

Ayahanda bersama En. Jamil




dif terhormat program Mesra Mahasiswa UM