Friday 13 November 2009

Peristiwa SK Jengka 8...

Peristiwa detik2 hampir tamat persekolahan 2009 ...

1. 07 Nov 2009 (Sabtu) , Program Gerak Mesra PIBG
2. 11 Nov 2009 (Rabu) , Program senamrobik poco-poco dan sukaneka
3. 12 Nov 2009 (Khamis), BBQ Tahun 6
4. 12 Nov 2009 (Khamis), Mesyuarat Guru-guru SK Jengka 8
5. 13 & 14 Nov 2009 (Jumaat & sabtu), Perkhemahan Unit Berunifom Peringkat Sekolah
6. 18 Nov 2009 (Rabu) , Hari Anugerah Pendidikan 2009
7. 19 Nov 2009 (Khamis) , Debaran murid Tahun 6.. Jangkaan keluar Result UPSR 2009





12 Nov 2009 (Khamis) Sukri dan murid tahun 6 masak BBQ





11 Nov 2009 (Rabu) Program Senamrobik Poco-poco dan sukaneka





07 Nov 2009 (Sabtu).. Program Gerak Mesra PIBG SK (LKTP) Jengka 8 bersama Persatuan Belia 4B dan Persatuan Belia Kesidang Jengka 8

Saturday 7 November 2009

HARI KELUARGA KELAB GURU & KAKITANGAN SK JENGKA 8

06 Nov 2009 (Jumaat malam sabtu) , kelab guru dan kakitangan SK Jengka 8 mengadakan jamuan hari keluarga di tempat yang belum pernah kami sampai, tp aku pernah ke situ ngan kawan2 aku suatu masa dahulu iaitu Mercu View , Bandar Jengka.. berdekatan Taman Permatang Shahbandar .tempat cikgu Norazi dan Cikgu Rosnani... Bos kami paling awal sampai jam 8.30 malam.., aku sampai jam 9.00 mlm bersama ayahandaku.. rugilah kalau tak gi, bukan selalu jumpe ngan diorang semua. Anak En Dahalan ada bekerja di situ sebagai tukang masak.. aku lupa nk bw kamera, biasenya aku ni rajin gak bw tp malam tuu.. tak smpat nak ltak dlm kereta,.. hanya ini saja gambar yang sempat aku post kan untuk tatapan sesiapa yang sudi melawat blog tuahdesa ini..esok kat jengka 8 ada program gerak mesra PIBG bersama sekolah dan belia.. mungkin aku takkan lupa nak bawa kamera tu nanti.. esok kalau sempat aku akan postkan gambar2 program gerak mesra tu insyaallah...nantikan!!!...

Sunday 1 November 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri "1 Malaysia" Tahun 2009

Pada hari Ahad 18 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Dewan orang ramai Sri Jaya , Maran .. telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
" 1 Malaysia " Tahun 2009. Anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Pahang..
KRT Jengka 8 diwakili oleh Maklong, kak yah, anak kakyah (Solehah) , Koi, Rahmat, Faizulsham,makcik minah, kak milah, Hj Deris dan anaknya.. Nasi Himpit sebagai juadah yang ditetapkan kepada KRT Jengka 8.. Program bermula dari jam 9.30 pagi berakhir jam 1.00 petang..



Rahmat dan Faizulsham


Keluarga Abang Suhaini dari KRT Jengka 22


Terima Sijil Penghargaan dari YB Datuk Hj Ismail


Kak Yah memerhatikan Makcik Minah dan Kak Milah memotong Nasi Himpit


Bergambar bersama YB Ahli Parlimen Maran Datuk Hj Ismail bin Abdul Mutalib



Bergambar kenang-kenangan di Dewan orang ramai sri Jaya Maran

Saturday 17 October 2009

Ke Gua Kota Gelanggi & Mandi Kolam di Tekam Plantation Resort...

Pada 17 Okt 2009 (Sabtu) , Warga SK Jengka 8 terdiri daripada En. Sukri, En Fariz, Hj Azman, En. Husaini, En. Yussri, En. Baha, Cik Syarmie , Pn. Nor Diana , En. Azemi (GPK SK Ladang Kota Bahagia, Muadzam Shah), En.Mansor (Pekerja Kilang Sawit Jengka 8) dan 34 orang murid tahun 6 telah menyertai program Jelajah Gua Kota Gelanggi & Mandi Kolam di Tekam Plantation Resort..
Aktiviti dimulakan dengan berkumpul di tempat letak kereta Gua Kota Gelanggi, Hj Azman membacakan doa, mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas gua : En.Saiful dan En. Amin., penjelajahan dimulakan ke gua angin, gua gajah , gua sanding , gua terowong dan tamat di gua terang bulan. Selepas itu terus ke Tekam Plantation untuk Makan tengah hari , solat zohor dan mandi Kolam , di kolam tu aku bertemu bekas muridku Shaiful Anuar b. Jalani, dia salah seorang petugas di situ sebagai penjual tiket(gelang) untuk mandi kolam...
Pukul 5.00 petang pulang ke jengka 8.













Tuesday 13 October 2009

Kisah Isnin ...

Hari ni isnin 12 Okt 2009, aku puasa sunat syawal hari ke 3,.. Alhamdulillah sampai petang.Di Desa tercinta ini ada orang meninggal iaitu cucu pakcik Mad Osman berumur 12 Tahun .. Innalillah wa inna ilaihi Raajiuun..dikebumikan selepas solat asar..
Malam , selepas solat isyak bersama ayahanda dan bonda beraya di rumah Hj Bakri di perumahan kilang. Diorang buat mee goreng dan masih ada lagi kuih raya yang tinggal..


Mee goreng isteri Hj Bakri masak (Pn.Hajjah Nor)




Ayahandaku bersama Hj Bakri


Bondaku bersama Hjh Nor (tengah) dan anaknya Islah atas kerusi belakang

Thursday 8 October 2009

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Bil.42/2009

Pada 4 hingga 7 Oktober 2009 (Ahad hingga Rabu), Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Bil.42/2009 telah diadakan bertempat di GEM Beach Resort, Terengganu . Anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Firdaus Edusource. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Peserta terdiri dari Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah. Tok Penghilir yang dilantik En. Jubaha bin Idris (SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang), Mok Penghilir yang dilantik Pn. Lailatul Hafzai bt. Mat Hassan (SK Kampung Aur, Muadzam Shah,Pahang). Biro Kebajikan yang dilantik En. Mohamed Faizal b. Abd Ghafar (SK LKTP Jengka 13, Bandar Jengka, Pahang)..
Kak zai dan Shukri

Erm sedapnyer ... Sotong goreng tepung...

Udang Galah Goreng Tepung..


Linda dan Aisyah

Kumpulan aku dari kiri Cik Nurul(urusetia), Siti Aisyah, Linda, Kak Lailatul Hafzai (Mok Penghilir) , Siti s, En. Muhammad (Penceramah), En. Jubaha (Tok Penghilir), Aku dan En. Abd Halim Hakim (Penceramah), En. Shukri (Tiada dalam Gambar)...

Jamuan makan malam dan Sambutan Hari raya

Ku ingin kotakan 1000 Janji .. sepanjang kedewasaan ini.... ku ingin sampaikan pesanan .. Akulah penyambung warisan!!!!..... Faizal mendeklamasikan sajak dengan penuh emosi..

Meh!! berdikir ngan kumpulan kami... ado sekor anok tupa, atas jula moktey!!

Sempat bergambo ngan cik nurul (urusetia) dari nogori sombilan... mcm mana padan tak???

aku dan siti aisyah...

Aisyah dan siti

amende yang kau borakkan ngan kak zai tu fitri wei!!