Wednesday 24 August 2011

TadARUS Al QuRan SePanjAng RamaDHan 1432H

Program Tadarus Al Quran Sepanjang Ramadhan 1432H,, Alhamulillah .. kini hampir sampai penghujungnya.. kumpulan kami ini telah berjaya mengulang bacaan 30 juzuk 3 kali ulangan ,, Amalan di bulan Al Mubarak.. Koi sebenornya seronok menyertai program sebegini , tahun ini belia menguasai secara keseluruhan program ini tidak seperti tahun2 lepas yang kebanyakannya golongan warga usia emas yang mengikutinya. Semoga di tahun akan datang program ini akan dapat diteruskan lagi,insyaAllah..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday 18 August 2011

Berbuka Puasa di Luar sekali sekala...

Hari ni 18 Ogos 2011 , koi berbuka puasa di Restoran Apple Sweet.. bersama Hadi dan Adeq angkat koi Hafiz... best gak masakan kat situ.. kena ngan reganya .. Alhamdulillah...
Kami bersolat maghrib di Masjid Bandar Tun Abd Razak Jengka,, dalam perjalanan balik sempat menyinggoh umoh sahabat koi faizal jengka 13, mendalami ilmu blogger jap.. Alhamdulillah..dapat gak ilmu drpd faizal.. koi suka care dia , tak kedekut ilmu.. dia juga Biro ICT dalam Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat Cawangan Pahang (KKPPPMBCP) ... Terima kasih wahai sahabatku...

Monday 15 August 2011

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Informasi iluvislam.com

Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Wallahualam

Sumber Text: syokislam.blogspot.com

Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak...

Ahad, 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432H .. Menghadiri jemputan berbuka puasa di Tekam Plantation Resort .. Alhamdulillah.. Koi gi ngan jamil brtolak dr jengka 8 jam 6.45 petang.. di situ koi jumpa hafizal sekeluarga, diorang berbuka di situ gak, katanya selalu gak berbuka di situ,,ok gak tu dapat bertukar2 selera... lepas berbuka solat maghrib berjemaah di surau yang disediakan di resort tersebut..Alhamdulillah selesai. Esok 15 Ogos 2011 koi akan hadiri jamuan berbuka puasa di Mercu View Resort di Bandar Tun Abd Razak Jengka .. Lau ade rezeki koi gi insyaAllah...




Sahabat koi Cikgu Asdi dan Ustaz Junaidi Azha dari Felda Kota Gelanggi 3




Sunday 7 August 2011

Kisah ku pada 2 hari lepas...

Hari jumaat 5.8.2011 dan hari semalang 6.8.2011, di waktu petang yang indah dan permai , koi ke bazar ramadan Chenor untuk membeli kuih tradisional pahang yang terkenal te ,kalau di chenor tu memang glamorlah kuih ni .. Kuih pena, kuih badok berkubang dan dodol kukus atau kuih taik minyak ( sbb ande taik minyak atasnya)... kedapatan juga kuih Nekbat ande gak dijual kat situ, kuih nekbat ni bukan kuih tradisional orang pahang, rupanya edisi siasat koi menyebut asal dari Negeri Terengganu rupanya... sedak sgt juga rasenya, tu sbb dah 2 hari koi gi cari kuih tuu.. , selain kuih dr pahang tuu.. koi cri2 dlm google , dptlh jugok resepinya.. lehlah mencube... kot2 menjadi..


Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

Wednesday 3 August 2011

Meh Kita Amalkan ...

Apabila kamu teringat akan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT

Apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, banyakkanlah SOLAT DHUHA

Apabila kamu mahukan perlindungan & kekuatan diri, banyakkanlah TAHAJJUD

Apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu & syaitan, hendaklah kamu berada dalam keadaan BERWUDHU'...

Tuesday 2 August 2011

Lirik Lagu Nasyid - Bulan Ramadan Bulan Bertuah ..

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Besarkan Ramadan dengan Puasa
Di waktu malamnya tambahkan Ibadah
Bacalah al Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat

Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah

Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Bulan Ramadan bayarlah Fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah kepadamu
kami beriman keranamu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmatmu ya Allah
keampunanmu wahai tuhan

Banyakkan i'ktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
kita kan mendapat pahala yang besar
seperti beribadah seribu bulan

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Terasa ingin menulis ...

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432H koi dianugerahkan oleh Allah S.W.T Sakit Mata .. di awal ramadan al mubarak ini, penyakit ini adalah ujian daripada-NYA, so, koi akan hadapi dengan tabah dan koi bersyukur atas anugerah tersebut, disamping ujian berpuasa di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini .. mudah2han amalan kebajikan koi diterima dan semoga koi dapat mempertingkatkan amalan kebaikan di bulan ini,,, Ya Allah , semoga aku dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketaatan kepadamu.. Amiin...

Terima kasih kepada sahabat2 yang telah menulis dan memberi ungkapan2 dalam sms ke koi , antara yang tersentuh hati koi ...
" Sebening air wudhu',
sesuci Al-Quran,
semerdu alunan zikir,
seindah solat 5 waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
Andai tanganku tak sempat berjabat,
jika mukaku tak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf untukku,
salam Ramadan Al Mubarak 1432 H...