Sunday 7 August 2011

Kisah ku pada 2 hari lepas...

Hari jumaat 5.8.2011 dan hari semalang 6.8.2011, di waktu petang yang indah dan permai , koi ke bazar ramadan Chenor untuk membeli kuih tradisional pahang yang terkenal te ,kalau di chenor tu memang glamorlah kuih ni .. Kuih pena, kuih badok berkubang dan dodol kukus atau kuih taik minyak ( sbb ande taik minyak atasnya)... kedapatan juga kuih Nekbat ande gak dijual kat situ, kuih nekbat ni bukan kuih tradisional orang pahang, rupanya edisi siasat koi menyebut asal dari Negeri Terengganu rupanya... sedak sgt juga rasenya, tu sbb dah 2 hari koi gi cari kuih tuu.. , selain kuih dr pahang tuu.. koi cri2 dlm google , dptlh jugok resepinya.. lehlah mencube... kot2 menjadi..


Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

2 comments:

  1. Ande kuih pelik de Chenor ter yang koi tak merase lagi...

    ReplyDelete
  2. meh le kite cri same2 yak...

    ReplyDelete