Tuesday 7 October 2014


KELAHIRAN ORANG BARU DI AIDIL ADHA 1435

Hari Ahad 5 Oktober 2014 
bersamaan 10 Zulhijjah 1435H...
jam 9.30 malam ..
bertempat bilik bersalin Hospital Kuala Lipis..

Lahirlah Putera kedua adindaku Yusniza dan Norafendi ..
Bayi Aidil Adha ...
Berat 3.1 Kg..

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Allah ...
Tahniah untuk Adindaku ...

Wednesday 1 October 2014

Tanda Kelopak Mata Bergerak

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.
Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.
Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.
Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…
Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.

TEMPAT KETIGA : Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi MSSM Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2014

Thursday 3 July 2014

Kongsi-kongsi Je ..

Amalanku selepas subuh  ..

Solat Sunat Isyraq
Doa Solat Sunat Isyraq


Zikir Ya Rahmaanu Ya Rahiim 100x
Zikir Ya Aziz 55x
Ayat 128 dan 129 surah At Taubah 7x




Solat sunat Dhuha
Doa Solat sunat Dhuha

Bismillahillazi la yadhurru 3x


Ayat 1000 Dinar


Zikir Asmaul Husna




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ..

Tanggal 2 Julai setiap tahun kehidupanku .. ulangtahun kelahiran koi, tapi kali ini koi menyambut dalam bulan ramadhan , bukan senang nak cari di bulan ramadan Al Mubarak ni, tapi kali ini menjadi rezeki koi,, Alhamdulillah... syukur Nikmat ..
Hari 2 julai kelmarin, banyak berita gembira yang koi dapat .. berita dr TV tentang Imbuhan Kakitangan Awam sempena Hari raya aidilfitri berjumlah RM500 akan dapat pada 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadhan (Nuzul Al Quran)  .. ALHAMDULILLAH .. Rezeki untuk bulan Al Mubarak ini...  tengahari 2 julai , sk jengka 8 menerima surat pertukaran guru , cikgu maizon telah ditukarkan ke sk jengka 13.. nampok gayanya dia akan memberi masalah di sk jengka 13 lah pulok.. dengan masalah peribadinya .. terlepas juga aku dr ejekan kawan2 di sekolah koi tu konon2 dgn maizon.. Na'uzubillah min zalika... x mau aku ... ade dah org lain bertapak di jiwa ini, insyaAllah , kalau ada jodoh insya Allah ,,semoga dipermudahkan .. di bulan yang mulia ini, ku sentiasa berdoa agar dipermudahkan rezeki, kebahagianku, keberkatan, mohon dipertemukan jodoh agar dipermudah dengan semudah2nya... dipercepatkan ...Amiin... 
2 Julai ini, koi mendapat ucapan teramai setakat ini... kedua2 adik angkatku telah mengucapkan selamat hari lahir buatku.. Alhamdulillah.. mungkin ini petanda baik untukku ..insyaAllah..
juga bakal ku jua mengucapkan hari lahir buatku... terima kasih adindaku... mungkin dia jodohku kali ini,, 

YA ALLAH ... PERMUDAHKAN SEGALA2 KEBAIKAN UNTUKKU ... AMIIN...
SEMOGA RAMADAN KALI INI PENUH MAKNA BUATKU ... AMIIN..



Friday 20 June 2014


Tak perlu antum bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;
“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”
Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. MAlaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.”
Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.” (situs lakalaka.com)

ANTUM DI BARISAN MANA DI AKHIRAT??


Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
Maka dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

KESIMPULANNYA: BANYAKKANLAH BERDOA DAN BERAMAL AGAR AMALAN AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH DAN TIDAK SIA-SIA...
Moga-moga kita dapat berjumpa bersam-sama di syurga sana nanti dalam keadaan yang sempurna....
Moga kita ermasuk dalam barisan yang kedua belas...Insya-Allah...Amiin...

Wednesday 18 June 2014

BILA TAK SEFAHAMAN KULEPASKAN DENGAN RELA

“Jangan mencintai seseorang seperti bunga, yang akan layu bila tiba musim berganti. Tetapi cintailah seseorang seperti sungai, yang akan mengalir selamanya..”

“Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.”

“Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.”

“Cinta itu memang indah, tapi yang indah itu tak semestinya cinta.”

“Cinta ibarat menggenggam setangkai Mawar, semakin erat kita menggenggam, semakin terasa duri yang menusuk. Semakin lemah kita menggenggam, semakin mudah diterbangkan angin.”
Like ·  · Promote · 

CINTA SEJATI ADALAH DIA

Ahh..apa ada pada cinta
datang tanpa diundang
pergi tanpa dipinta
itukah dinamakan cinta?
semuanya bohongan belaka
meleka dan melekakan
sedangkan cinta yang kudambakan
cinta yang boleh membawa aku ke Syurga-Nya
adakah wujud cinta semurni Syurga
semua boleh mengatakan aku mencintaimu setulus hati
tapi tak sampai separuh jalan
menuju jalan cinta mati
mati sebelum dimatikan cinta
cinta mati
tak akan hidup
jiwa semangat jadi lesu

emangnya kau patut kusepikan
jauh dariku
ku tak mahu terikat cinta lagi

aku tenang kini
cinta sejatiku adalah DIA
cintakan-Nya sentiasa utuh
jiwa tenang
setenang air di kali syurga
indah cinta
cinta dengan-Nya
tak pernah rasa hampa
tak pernah rasa kecewa
aku terpana dzat cinta akan DIA
di mana-mana ada cinta DIA

Catatan ke Bentong 16 Jun 2014

Bismillahirrahmanirrahim..
16 Jun 2014 Isnin,,
bangun awal hari ni untuk ke Klinik Pakar Mata di Bentong,, untuk rawatan mata bonda kome..,lepas solat subuh  ambik koklong dan haziq, terus ke taman setia jasa kat temerloh ambik adik koi mazni dan anoknya izma,, terus ke bentong melalui lebuh raya pantai timur.. Alhamdulillah .sampai bentong jam 9.00 pagi..
temujanji jam 9.30 pg..  bonda koi masuk bilik menunggu utk rawatan mata dalm jam 10 lebih kurang,, adik koi de datang ngan suami dan anoknya muhammad pula sampai.. maklumlh kome ni 4 beradik je.. semua ade,, untuk memberi sokongan moral kepada bonda menjalani pembedahan membuang selaput di matanya... Alhamdulillah jam 11 lebih selesai.. RM2800.00 semuanya.. bagi ubat titik mata dan pil tahan sakit utk tempoh 3 hari..
makan tengahari di medan selera bentong.. kami semua .. Alhamdulillah...
terus balik , singgah di taman setia jasa jap ambil barang adik mazni koi.. sbb bonda ajak adik duk umah seminggu , rawat bonda ... 23hb nnt ke bentong semula ,, rawatan susulan...tp mungkin koi gi tghari .. malas cuti...sbb doktor mata tu ckp, sblom kul 3...

Alhamdulillah sampai umah waktu azan asar berkumandang..
rehat jap..
solat asar..

catatan ringkas perjalanan ke bentong untuk rawatan mata bonda...

Thursday 5 June 2014

Assalamualaikum ..
Bismillahirrahmaanirrahim

Lama dah tak menulis dlm my blog ni, hari ni terpanggil lak utk menulis...
minggu lepas koi demam teruk..tak pernah demam lama segitu, biase koi demam kalau malam , esok msti ok ..tp kali ni susah nk sembuh... tp xpe... kan penyakit tu penebus dosa2 lama.. harapan ku agar Allah swt meringankan beban dosaku tatkala bertemu denganNya suatu masa nanti.. Amiin..
minggu ni aku kerja spt biase...
petang ahad lepas, koi ,mak dan adik ke umah de di tersang.. hajat di hati emak nak bw skali semua anak dia waktu rawatan matanya di bentong.. xpelh...
esok nya, brmakna isninlh.. koi n adik jelah yg meneman mok.. diorang xdpt nok ikut.. masing2 sibuk ..

Alhamdulillah ... kami ke pusat rawatan mata.. kasihan bondaku...
tp xpe mak , kome tetap support dr belakang... kekuatan dan semangat mak trletak di dalam diri kami anak2nya...

selagi hayatku .. insyaAllah... bonda x dipersiakan..
... kewajiban atas kami anak2 untuk menjaga ...
walau bagaimanapun...  pengorbanan ibu tidak dapat kami balas ...
16 Jun 2014 nnt, rawatan seterusnya ... mudah2han berjaya...InsyaAllah...

Saturday 17 May 2014

10 Amalan Murah Rezeki

Gambar: Via Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah

Solat sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Khasiat Bismillah 7

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”
.
.

Fadhilat Bismillah 7

.
1.  Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
.
2.  Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
.
3.  Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.
.
4.  Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
.
5.  Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
.
6.  Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
.
7.  Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
.
8.  Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.
.
9.  Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.
.
.
.
.

Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’

.
Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;
.
  1. Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
  2. Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
  3. Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
.
.
.

Amalan Bismillah 7

.
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.
Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllah.. AMIN!

Khasiat Bismillah 6

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.
.

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
.
.

Fadhilat Bismillah 6

.
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;
  1. Penerang hati.
  2. Meluaskan rezeki.
  3. Air laut boleh menjadi tawar.
  4. Terselamat dari karam di laut.
  5. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  6. Menghindari dari segala penyakit.
  7. Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
  8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
  9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
  10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
  11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
  16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
  17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
  19. Terselamat daripada binatang buas.
  20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
  21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
.
.

Kaedah Merawat

.
Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
  3. Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
  4. Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
  5. Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
  6. Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
  7. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
.
Amalkanlah ‘Bismillah Enam’ ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.
Selamat beramal… 
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Khasiat Bismillah 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Khasiat Bismillah 3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa.  ‘A-’uu-dzu Bi-’iz-za-tiL-Laa-hi Wa-qud-ro-ti-hi min syar-ri maa A-ji-du wa-’u-haa-dzi-ru.
.

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.
.
Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.
.
Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”
.
Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”
.
.

Cara Dan Kaedah Merawatnya:

.
    1. Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
    2. Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
    3. Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
    4. Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه