16 Oktober 2011 genap 12 Tahun perkhidmatanku di SK Jengka 8.. Alhamdulillah , akanku pertingkatkan lagi usaha dalam kerjayaku, insyaallah...
Sejarahku ...
Bermula dari tahun 1981 hingga 1987 persekolahan rendahku di sk jengka 8 , tahun 1988 hingga 1991 persekolahan menengahku di Sekolah Menengah Agama Jengka pusat (sekarang dah bertukar namanya dengan Maahad As Sultan Ahmad Shah ,SAS ) dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 3, tahun 1992 hingga 1993 ke Sekolah Menengah Agama Al Wosto , Berhala Gantang, Temerloh , tingkatan 4 dan 5 .. Tahun 1994 ke Kuliyah Sultan Abu Bakar, Pekan.. Tingkatan 6 Bawah..
Tapi sekejap je di situ... dan terus menamatkan persekolahanku , kerana masa tu arwah ayahku ada masalah kesihatan dan memerlukan bantuan di ladang... aku anak kedua dari 4 orang adik beradik (aku anak lelaki tunggal).. so, terpaksalah aku berhenti, walaupun dalam diri ini masih ingin meneruskan cita2ku,,tapi apakan daya.. semuanya telah ditentukan di azali lagi.. aku pasrah pada-NYA.. lagipun, aku bersyukur dapat berbakti kepada kedua ibubapaku selagi hayat dikandung badan...,insyaallah...
Bermulalah aku bekerja untuk membantu keluargaku.. Pada 2 Julai 1994 bersempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke 19 tahun aku mula berkhidmat sebagai Guru KAFA di Sekolah Agama Rakyat Felda Jengka 8 dari tahun 1994 hingga 15 Oktober 1999 .. Alhamdulillah cita2ku untuk menjadi guru telah terlaksana akhirnya walaupun hanya 5 tahun je ... , aku amat bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana dapat kucurahkan ilmu kepada anak bangsaku ..
Kini aku telah berkhidmat sebagai kakitangan sokongan di SK Jengka 8 ini dari 16 Okt 1999 hingga sekarang .. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment