Sunday, 1 January 2012

SatU JanuARI DUa RiBU DUA BelAS - SeLAMat TAhuN BARu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Kembaliku berbicara kisah kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2011 yang lalu.

Awal tahun kami sekeluarga kehilangan orang yang disayang Ayahanda Mat Yusuf b. Dilu yang telah kembali kerahmatullah pada Hari Jumaat 14 Januari 2011 bersamaan 9 safar 1432H dalam usia 72 tahun ..Al Fatihah ..

Pada 7 Jun 2011 bersamaan 5 rejab 1432H adik koi Yusniza bt Mat Yusuf bertunang dengan Norafendi b. Hj Ahmad dari Felda Tersang 3.. tanpa ayahanda di sisi.. pertama kali dalam sejarah hidup koi , kena mengambil tugas ayah .. Tapi ujian demi ujian ku terpaksa lalui jua.. siapa lagi kan!! . aku pasrah dan redha dengan pemergian ayahandaku .." Moga rohnya dicucuri Rahmat Allah, semoga ayahandaku di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh" Amiin..

Pada hari khamis 21 Julai 2011 bersamaan 19 syaaban 1432H, Apak budin dan mak wan (mak dan ayah angkatku) pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Al fatihah buat kedua mereka..

Suasana sedih Hari raya Aidilfitri tahun ini amat berlainan sekali , kali pertama tanpa ayah di sisi untuk bersalaman dan mencium tangan beliau, biasanya setiap tahun koi dan ayah serta abang ipar dan akmal akan ke masjid untuk Solat hari raya Aidilfitri menaiki kereta kenari koi tu .. tapi kali ini ,,tiadalah gurau sendamu di sisi kami...

Pada Hari Sabtu 22 Oktober 2011 bersamaan 23 zulqaedah 1432H, adik koi Yusniza bt. Mat yusuf diijab qabulkan dengan norafendi b. hj ahmad .. Air mata mak, koi dan kami sekeluarga mengalir tanpa henti mengenangkan sesuatu yang amat memilukan kami sekeluarga..(tanpa ayah di sisi)...

Pada 12 dan 13 November 2011 , koi digembirakan dengan mengikuti lawatan sambil belajar ke kuala lumpur dan melaka ...

Pada 12 hingga 15 Disember 2011, koi menyertai program transformasi 1malaysia di kem biro tatanegara , maran .. koi dan ajk KKPPPPMB Cawangan Pahang diberi sebuah rumah utk menginap sebagai urusetia kesatuan.. Yang menginap di rumah seri bera itu terdiri daripada : Koi, Abg Lan (bendahari), Rafsan jani, kak Badariah, kak Rokiah, kak Hawa dan kak fatimah.. Alhamdulillah selesai...

setakat ini saja yang dapat dicoretkan buat kali ini, ada lagi peristiwa yang amat pahit pun ada tapi biarlah sekadar koi aje yg ketahui dan Allah maha mengetahui segalanya.. koi serahkan perkara ini kepadaNYA yang maha kuasa..

No comments:

Post a Comment