Wednesday, 18 June 2014

BILA TAK SEFAHAMAN KULEPASKAN DENGAN RELA

“Jangan mencintai seseorang seperti bunga, yang akan layu bila tiba musim berganti. Tetapi cintailah seseorang seperti sungai, yang akan mengalir selamanya..”

“Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.”

“Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.”

“Cinta itu memang indah, tapi yang indah itu tak semestinya cinta.”

“Cinta ibarat menggenggam setangkai Mawar, semakin erat kita menggenggam, semakin terasa duri yang menusuk. Semakin lemah kita menggenggam, semakin mudah diterbangkan angin.”
Like ·  · Promote · 

CINTA SEJATI ADALAH DIA

Ahh..apa ada pada cinta
datang tanpa diundang
pergi tanpa dipinta
itukah dinamakan cinta?
semuanya bohongan belaka
meleka dan melekakan
sedangkan cinta yang kudambakan
cinta yang boleh membawa aku ke Syurga-Nya
adakah wujud cinta semurni Syurga
semua boleh mengatakan aku mencintaimu setulus hati
tapi tak sampai separuh jalan
menuju jalan cinta mati
mati sebelum dimatikan cinta
cinta mati
tak akan hidup
jiwa semangat jadi lesu

emangnya kau patut kusepikan
jauh dariku
ku tak mahu terikat cinta lagi

aku tenang kini
cinta sejatiku adalah DIA
cintakan-Nya sentiasa utuh
jiwa tenang
setenang air di kali syurga
indah cinta
cinta dengan-Nya
tak pernah rasa hampa
tak pernah rasa kecewa
aku terpana dzat cinta akan DIA
di mana-mana ada cinta DIA

No comments:

Post a Comment