Assalamualaikum..
Sudah lama x menulis blog ini, hari ini Tanggal 14 Januari 2015 .. mengingatkan kembali Hari yang penuh kepiluan dalam keluargaku .. Tahun ini Tahun ke 4 pemergian Ayahanda Tersayang Ke Rahmatullah .. Malam tadi , lepas Solat Isyak aku berTahlil sendirian moga disampaikan Pahala buat Ayahandaku di sana.. Aku sentiasa berdoa agar Roh Ayahandaku dicucuri Rahmat dan moga di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Amiin....
25 Disember 2014 hingga 2 Januari 2015 yang lalu, rumah yang ku diami ini selama hidupku x pernah lagi air banjir sampai ke dalam rumah .. tapi kali ini.. Allah swt menguji hambaNya..
pintu gerbang, blok A , Blok F, Blok Q , Blok N , Blok G dan Blok B di Naiki air .. jalan depan jengka 8 pun dinaiki air.. kami berada dalam keadaan Darurat dlm tmpoh berkenaan..
Alhamdulillah... aku dan mak x pindah sbb air naik sampai bilikku sahaja.. tingkat atas x kne air..
Pusat perpindahan banjir pada mulanya di dewan semai bakti, tapi setelah dinaiki air , SAR Jengka 8 dijadikan Pusat perpindahan..
Pengalaman duduk di rumah bergelap hanya memasang lilin tanpa air bersih..
Tapi Alhamdulillah.. Air yang dibekalkan oleh pihak NGO bolehlah dimasak untuk buat air panas...
pihak Belia ramai yg mengedarkan makanan-makanan..spt biskut dll.
No comments:
Post a Comment