BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kerang segar (atau yang telah direbus)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 pokok kecil daun ketumbar, hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
2 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili Thai (che mat guna jenama 'LIFE')
2 camca besar sos Plum (che mat guna jenama 'LIFE')
1/4 cawan air
1 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan 3 camca besar minyak dala kuali, tumis bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos cili thai, sos plum dan air, kacau rata.
- Tambah daun limau purut dan kerang, kacau rata. Masukkan bawang besar, cili padi, gula dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan daun ketumbar yang dihiris tadi. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Sedap dimakan panas...
No comments:
Post a Comment