Tuesday 14 April 2009

SYUKUR AL HAMDULILLAH.. GENAP 40 TAHUN

Hari ini Isnin ,13 April 2009 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1430H ..
tarikh bersejarah buat ayahanda dan bondaku kerana hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 40 Tahun..
Syukur Alhamdulillah,
MOGA DIBERI KEBAHAGIAAN BERPANJANGAN di dunia dan di akhirat.., INSYAALLAH..

Kami.. anak-anak kalian senantiasa mendoakan kebahagiaan , aman dan sentosa berpanjangan..
Insyaallah...

Saturday 11 April 2009

pada bulan april ini dah 4 kematian telah berlaku di Jengka 8 ini, pada isnin 6 April 2009, jam 6.40 pagi pakngah (En. Ahmad b. Hj Hashim) depan umah telah kembali ke rahmatullah, dikebumikan selepas zohor pada hari tersebut.
pada rabu 8 april 2009 , En. Baharom b. Zakaria atau dikenali di kalangan kami pak ohm telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi hari tersebut.
Pada hari sabtu 11 April 2009 , En. Mohd Yusof b. Kahar telah kembali ke Rahmatullah ...
dan anak saudara kepada ust pian , yang baru lahir telah kembali ke rahmatullah...
" SEMOGA ROH-ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT ALLAH , DAN MOGA DITEMPATKAN DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG SOLEH... AMIIN"

Thursday 2 April 2009

BISMILLAH ENAM... Banyak Fadhilatnya...

Amalkanlah Bismillah Enam ini.. banyak kelebihan .. insyaAllah...

Wednesday 1 April 2009

APRIL DATANG LAGI...

April adalah bulan ke 4 dalam kalender masihi..., hari ini Rabu 1 april 2009, banyak peristiwa yg bakal dihadapi.. besday bonda & ayahanda , ulang tahun perkahwinan Ke 40 Tahun ayahanda dan bondaku jua dalam bulan april ini... doaku agar ayahanda dan bondaku di PANJANGKAN UMUR, DISIHATKAN TUBUH BADAN , DIKUATKAN IMAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN DALAM APA JUA YANG DIHADAPI, DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI AMAL SOLEH, INSYALLAH...

" Ya Allah Ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku , kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku dari kecil...... Amiin Ya Rabbal A'lamin...