Monday 31 August 2009

Buka puasa di Kampung Machang Gelap Chenor

Ahad, 30 Ogos 2009 .. bertolak dari Jengka 8 ke kampung machang gelap, Chenor 2 buah kereta meluncur laju .. alhamdulillah jam 6.45 ptg sampai untuk hadiri jemputan mak saudara buat jamuan berbuka puasa , alhamdulillah... balik selepas solat maghrib berjemaah..Gambar kurang memuaskan..

Tadarus A Quran...

Setiap malam bertadarus , seronok juga.. Kumpulan pakngah ali




Kumpulan pakcik osman majid



Kumpulan aku le ni....




selamat bertadarus.. moga diterima amalan di bulan ramadan ini insyaallah..





Friday 28 August 2009

RAMADAN BULAN BERKAT..

Malam ni, malam yang ke 7 berpuasa... Alhamdulillah, aku terlewat isyak, tp alhamdulillah sempat rakaat pertama .Imam malam ini ialah Imam Ramli b. katio, cptlah siap nampak gayanye.., lepas solat tarawih tadarus ,kumpulanku kena baca Juz ke-30 , hafiz dan ghofur bersemangat nampoknya malam ni, diorang dah bersedia awal di tempat pembacaan tunggu kami je.. Awal kami siap tadarus.. amalanku sebelum bertadarus Alfatihah,baca doa penerang hati, air yang ada di hadapan kami hendaklah dibuka tudungnya, keberkatan Ayatul Quran dapat masuk ke dalam air tersebut (Wallahualam). Dah selesai barulah membaca al quran secara bergilir2 sehingga selesai juzuk tersebut, selepas tamat baca doa penutup..
Lepas tadarus , aku bawa budak2ku gi gerai depan umah pakcik Yusof b. Musa, cadangnya nak makan kerang tapi hampa, dah habis, makan keropok aje lah, alhamdulillah, belanja budak2 tu sekali sekala..

RAMADHAN AL MUBARAK...

Alhamdulillah sudah 6 hari berpuasa di bulan ini, solat sunat tarawih pun setakat ni tak miss lagi, tadarus selepas solat sunat tarawih pun tak miss juga, alhamdulillah.., kumpulan aku bertadarus terdiri daripada Rahmat, Pokley, Shahrulnizam, anas, yang baru setakat malam yang ke 6 ni, Ghofur dan Hafiz .. sekurang-kurangnya mereka berdua tu berani menyahut ajakan aku, baguslah...Ada sahabat2 beliaku tak mahu bersama untuk menyertai program ni,. (entah tak pandai, entah malu , entah2lah..) yang seelok2nya pelajar sekolah yang akan menduduki exam UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM dsb.. Dalam bulan sebeginilah sepatutnya mencari dan perbanyakkan amalan agar diberi kemudahan oleh Allah S.W.T dalam hal pelajaran mereka. Sebab aku ada pengalaman , seorang anak muridku telah berjaya ke menara gading dengan mengikuti program dan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini. Aku tak ingat dah tahun bila tapi memang banyak ku curahkan nasihat , tips belajo kepada insan tersebut.. pada tahun itu juga si mamat ni telah mendapat kecemerlangan dalam PMRnye, SPMnye.. Dengan keberkatan Bulan yang Mulia ini.. Sekarang ni belajar kat Institusi pengajian Tinggi di selatan tanah air,,, moga kecemerlangan sentiasa bersamamu.. Muhamad Zakir b. Abd Samad..

Saturday 22 August 2009

Selamat Berpuasa ....

Kelebihan Ramadan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
·
Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
·
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
·

"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
·
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Wednesday 19 August 2009

Renung-renungkanlah...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih BaikUntukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua KeadaanPun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

SAHABAT...


Cuti Isnin 17 Ogos 2009

Isnin, 17 Ogos 2009 .. koi cuti .., ke CIMB , Jerantut ... bawa mak dan ayah buat buku.. Balik dari bank terus balik kampung Machang Gelap Chenor, sebab mak koi akan hadiri Mesyuarat Agong RISDA kat kampung. Rupanya hari ini ada pasar tani kat chenor seberang. ke Kilir menziarah Tok Sedara (mak sedara ayah)untuk bertanya khabar... Alhamdulillah sihat nampaknya.. sambil nunggu mesyuarat selesai koi berehat kat rumah keluarga ayah , mak sedara koi duk ampang ngan anak kembar dia rizana & rizaini (sepupu koi),..Lepas asar selesai mesyuarat, terus balik ke Jengka 8 x singgah dah di bandar jengka...penattttt...
Malam , Zaqir call nak datang rumah tanya tentang programnye, i tak kisah , i tunggu je dia dtg.. dah lame x jumpe adik koi sorang ni, maklumlah jauh belajonye nun di UM..

Di Sini Lahirnya sebuah cinta
yang murni abadi sejati
di sini tersemai cita-cita
bercambah menjadi warisan...

Ceramah SPRM

Sabtu, 15 Ogos 2009.. aku & Rahmat ke Pejabat Perpaduan Daerah Maran menghadiri sesi ceramah Pencegahan Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pahang. Semua KRT dan guru Tadika Perpaduan daerah maran hadir ke program tersebut. Penceramahnya En. Mohamad b. Husain (pegawai SPRM Pahang). Ceramah tersebut tamat pada jam 1.00 petang.
tak ramai yang masuk dewan lagi, bersemangat si rahmat ni..

Sesi ceramah bermula





Saturday 15 August 2009

Khasiat surah yasiin..

KHASIAT SURAH YASIN…
Surah Yasin perlukan dibaca dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan khasiatnya.


Bacalah Surah Yasin apabila:
* anak sakit

* semasa dalam kesusahan
* untuk memudahkan urusan
* untuk memudahkan perjalanan
* Bacalah Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x.

Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

AYAT 29
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

AYAT 36
* Untuk cari jodoh- Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari.

AYAT 58
* Jika sakit anggota/Tak tenang hati- Baca 7 kali dan gosok pada tempat sakit.

AYAT 76
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati- Gosok jantung sambil baca

AYAT 82
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan.- Sembahyang tahjud- Sembahyang hajat- Doa minta hajat.- Baca ayat 100x dengan yakin.- Amalkan 41 malam.

Untuk menyembuhkan penyakit dalam badan- Seperti di atas-
Bila baca ayat, tiup dalam air.
- Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain.
- Doa sambil minum.- Untuk 41 pagi.
InsyaAllah

Nasihat untuk semua yang bergelar insan..

Nasihat Imam Al- Ghazali 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

MARI BERSAMA KITA AMALKAN DOA MOHON HINDARI PENYAKIT..

Mari kite bersama2 mengamalkan doa ini, dalam suasana penularan wabak H1N1 ini seeloknye kita perbanyakkan amalan dan doa2 penghindar dari wabak tersebut...wallahualam.

Thursday 13 August 2009

ptk 2009

Selasa, 11 Ogos 2009,.. ke PPD Maran PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) untuk kakitangan awam .. selagi belom lulus, kenalah pergi hadapi ujian tu.. kali ini aku mengharapkan diberi kelulusan dengan cemerlangnya, insyaallah.. aku harap di tahun 2010 nanti aku tak gi dah untuk tujuan PTK...

Jelajah Gua Kota Gelanggi Rakan Muda Jengka 8 2009

Ahad 09 Ogos 2009, Program Jelajah Gua Kota gelanggi 2009 telah diadakan di Gua Kota Gelanggi, Jerantut.. Seramai 40 orang peserta dan 20 orang urusetia telah menyertai program tersebut. Peserta dan urusetia terdiri daripada ahli Kelab rakan Muda Cinta Alam Felda Jengka 8, program itu berjalan selama 1 hari sahaja bermula dari 8.00 pagi hingga 01.00 ptg. Turut menyertai ialah Ketua Kampung Jengka 8 :Encik Hashim b. A Samad , Pengerusi PEBEKIS : Encik Abu Bakar b. Khalid.
Kenangan bersama .. Ayu, mahirah,maksu,Shamsuri,Pokley&koi

bergambar kenangan Bersama Muhammad Hafiz di Gua sanding


kenangan.. Rahmat,koi,Maksu,Ayu,Kak Milah & Mahirah


bergambor kenangan setelah menjelajah..




Sebelum bertolak ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut




Thursday 6 August 2009

buat kem untuk bebudak..

31 Julai hingga 02 Ogos 2009 (Jumaat hingga ahad) , koi telah kendalikan 1 program, kem motivasi solat di sekolah agama rakyat jengka 8.. penceramah jemputan pada 01 ogos 2009 (sabtu) iaitu sahabat koi gak, koi x cri orang jauh2.. Ustaz Junaidi Azha b. Jusoh dari Felda Kota Gelanggi 3 dan En. Mohamed Faizal b. Abd Ghafar dari SK Jengka 13.. bebudok ada 88 orang, dibantu oleh 10 orang fasilitator dan beberapa orang urusetia termasuk guru SAR sendiri. Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh En. Abdul Hakim b. Abdul Halim ,YDP PIBG SK Jengka 8 merangkap Bendahari LPS SAR Jengka 8... Indahnya hidup di desa