Wednesday 22 September 2010

3 Syawal 1431H

3 syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 yang lalu keluarga dari belah ayahanda pulak datang , iaitu adik ayah bersama 2 orang anak kembarnya, menantu dan cucunya .. pada hari ketiga itu, kami buat laksa khas untuk tetamu yang datang terutamanya keluarga belah ayahandaku... Ikatan Silaturrahim terjalin kini,,,



Renungan Bersama...

Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na'im ...

Hiduplah engkau sebagaimana yang engkau kehendaki, tetapi ingat engkau akan mati jua.

Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya.

Buatlah apa saja yang engkau kehendaki, tetapi awas engkau akan dibalas atas apa yang engkau lakukan.

Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang yang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain...

Nasihat Pilih Sahabat...

NASIHAT AL-QAMAH : LIMA CARA PILIH SAHABAT

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah(seorang sahabat Rasulullah s.a.w) kepada anaknya :
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan kita jika kita kekurangan perbelanjaan , dia suka mencukupkan keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitung (menyebutnya).

3. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu , dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna , dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu dia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi , jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sunday 12 September 2010

Renungan Bersama...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

2 Syawal 1431H

2 Syawal 1431H /11 September 2010(sabtu). Hari Raya ke 2 ini, sedara belah bonda nak datang iaitu kekanda pada bonda, maklong dan anak cucunya.. Persiapan masakan seperti menu spt raya pertama semalam, bihun sup dan kuih muih... tp petang sampainya... sblm diorang datang tu, kawan lamaku Zuraina Ahmad datang bersama suami dan anaknya,.. memang lama dh tidak ku temui sejak 1987 hingga sekarang, cuma awal buka facebook yang lalu trjumpalah ramai kengkawan2 yang lama terpisah sejak tahun trsbt.. semalam asrol zaini dan yunos abu bakar ade datang ke umah aku.. alhamdulillah.. tak sempat nak ambil gambar untuk dijadikan kenangan bersama diorang.
Kawan adik bongsuku juga ada berkunjung dari bandar jengka dan kampung perak., Malam ini aku bersama hadi, Heri, Sham dan keon beraya di umah Muhamad Hafiz dan Naser.. sambung pulak malam esok, insyaallah .. tak tau lagi rumah siapa yang nak gi beraya... Rayakan Sebulan!!!


Keluarga dari kampung bergambar bersama kami


Sahabat yang berkunjung menjelang petang
Jamil, Raduan , Naser dan Zaqir

1 Syawal 1431H

1 Syawal 1431H, jatuh pada hari Jumaat 10 September 2010... Dialu2kan oleh Hujan rahmat daripada pagi hingga ke petang kadangkala rintik2, sekali sekala renyai2... hari ini ada 2 khutbah,,, ( khutbah solat sunat hari raya dan khutbah solat jumaat),.. catat sejarah solat hari raya dan solat jumaat teramai di tahun 2010 ini.. Alhamdulillah.. Begitulah indahnya hidup di desa...

Ayahanda dan bondaku tersayang


Keluargaku


geng tadarus ramadan beraya bersamaku ....

Bersama Adik angkatku Muhamad Hafiz

Bersama Abd Ghofur (Geng tadarus Ramadan)


Geng Tadarus Ramadan 2010