Saturday 30 June 2012

Balik Kampung Machang Gelap, Chenor

Sabtu 30 Jun 2012 , koi dan keluarga balik kampung machang gelap chenor, untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara pupu koi.. kami bergerak dengan 3 buah kenderaan menuju ke kampung .. Alhamdulillah .. Selamat semua..


3 Beradik yang masih sihat walafiat ,,Alhamdulillah...
dari kiri : Bondaku Pn. Seripah bt. Abas , Ayahandak Tn Hj Mat Yunus b. Abas dan Maklong Pn. Hajah Siti Hawa bt. Abas .. Bergambar kenangan bukan selalu berjumpa begini ..

Keluarga Maklong Manja kg Sentosa

Anak saudara Pupuku Wan Hafizah (Angah) dan Suami


koi bersama ayah dan bonda saudara

Friday 29 June 2012

Hari Jumaat yang MULIA ..

hari ini jumaat 29 jun 2012 ,, koi lewat sikit gi sekolah.. koi kna wakili bondaku ke dewan jkkk jengka 8 bagi mendengar taklimat mengenai Projek menaiktaraf Talian penghantaran 132KV dari PMU kg Awah ke PMU Jengka ke PMU Jerantut. Maknanya ladang koi akan terlibat ,, mengikut bancian yang ade di tayangkan di skrin tu... dapatlah pampasannya nanti, insyaallah... sampai kul 10.15 pagi program tu...
balik umah jap, time koi rehat ni...
ke pjbt smula... kat sk j8 ade majlis solat hajat utk murid tahun 6 dan majlis hari pelaporan,,, so, ramailh yg hadir... koi, ape lg.. kerja koilh mengambil gambor ni... dr sudut ke sudutlh koi gi.. solat jumaat hari ini di imamkn oleh Tuan Imam Hj Ramli b. Katio dan bilal bertugas Tuan Haji Jaapar b. Lebai Ali.. Best tajuk hari ini.. x mengantuk le jwbnya...
lepas habis solat,,, bersalam-salamanlah hingga keluar.. koi beriring dengan adik angkat koi Hafiz keluar ,, di ikuti oleh cikgu azemi ... , jumpa pakcik dollah ayah Zakaria sahabat koi ajak ke umh dia esok, makan tengahari.. tp koi minta maaflah x dapat hadir , koi balik chenor sok ade kenduri .. anak sedara pupu koi kawin... so,, x dptlh memenuhi hajat pakcik dollah tu..
balik ke rumah ,,, ptg nak masuk pjbt lak... 2.45 hingga 5.00 ptg.. ok... nanti sambung lagi, insyaallah ...

Thursday 28 June 2012

Satu hari di hari ini ...

Hari ini 28 Jun 2012 , ke Pjbt spt biasa .. dalam kul 9.00 pagi koi kena gi ppd maran ambil RC,, Alhamdulillah.. dpat gak... singgah kat pejabat perpaduan maran jap , jumpa pegawai kat situ.. sampai sekolah semula jam 12.00 tgh.. 2.30 ptg ke dewan JKKK jengka 8 lak,, dengar taklimat FGVH ... semua masyarakat felda jengka 8 yg terlibat hadir... ada yang mewakili ibubapa masing2 macam koi,, Alhamdulillah .. dapat maklumat nya.. masa balik melalui jalan blok I beriring dengan Wan Rosli, singgah kedai Abg Aman, makan ABC dan Laksa .. maklumlah org yg blnje.. msti sedapppp..
lepas asar, koi g jengka 14 dgn wan rosli .. jumpa dengan ros ambil borang keahlian KKPPPPMB ,, kak ros masuk ahli ...koi ngan wan terus k jerantut,,, solat maghrib di masjid lama jerantut,, lepas tu terus k kfc ,,, wan belanja lagi.. Alhamdulillah.. moga murah rezeki mu wan...
ke tunas manja beli hadiah untuk anak saudara pupuku yg akan melangsungkan perkahwinannya pada sabtu ini di kampung machang gelap, chenor ... Alhamdulillah .. dapat !!!
balik jam 9.00 lebih... Alhamdulillah sampai rumah dengan selamatnya...

Saturday 23 June 2012

Majlis Marhaban , Cukur Jambul dan Berendoi ..

Jumaat 22 Jun 2012 bersamaan 2 Syaaban 1433H,
Telah berlangsung majlis marhaban , cukur jambul dan berendoi di kediaman kome kat jengka 8 ni, yang dilakukan oleh kelab isteri2 pekerja kilang sawit jengka 8 yang diketuai oleh kak Dura.. Alhamdulillah berjalan dengan lancarnya.. bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 11.30 pagi.. antara jiran yang hadir menyertai makcik su, makcik melah, makcik timah dan makngah depan umah .. dalam jam 12.00 tgh ahli wanita blok B datang makan tengahari, dalam 12.30 tgh guru dan kakitangan sk jengka 8 yg datang, alhamdulillah datang jugak diorang yang ku jemput tu... lepas jumaat ahli blok B lelaki lak yang datang , pakcik din ketuai bacaan doa selamat,, alhamdulillah ... selesai semuanya...


Anak saudara baruku Muhammad Norazwan Hanif b. Norafendi



Kak melah (salah seorang ahli kumpulan marhaban isteri pekerja kilang sawit jengka) sedang membacakan Al Quran kepada baby ..




Dari kiri adik koi Yusniza , Bondaku , Fendi (adik iparku suami yusniza), makngah dan makcik melah ..

Saturday 9 June 2012

13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah

1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

3- Memadam kemurkaan Allah SWT.

4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

5- Mengawal kehormatan dan maruah.

6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

7- Pelindung kepada api neraka.

8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

10- Melembutkan hati yang keras.

11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.

10 Kunci Kebahagiaan ..