Monday 21 April 2014

TAZKIRAH ........

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI


- Kawan yang pertama 
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. -

- Kawan kedua 
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.

Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga 
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran, 

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI INSYAALLAH KITA AKAN SELAMAT,

TAZKIRAH ..........

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

  
Pic ini secara ringkas kewajipan dan keutamaan kita sebagai suami atau isteri

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.
 

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;

Lelaki
  1. Ibu Bapa Kandung 
  2. Isteri 
  3. Anak-anak 
  4. Ibu Bapa Mertua 
  5. Adik beradik Kandung / Tiri 
  6. Adik Beradik Isteri 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga 
Perempuan
  1. Suami 
  2. Anak-anak 
  3. Ibu bapa kandung 
  4. Ibu bapa mertua 
  5. Adik beradik kandung / tiri 
  6. Adik beradik suami 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran tetangga 
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai.

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami. 

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga.

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya.

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa.  

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah . 

TAZKIRAH ....

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Allah S.W.T

Sekarang ni ramai yang bersikap sombong dan menghina orang lain. Lebih teruk lagi apabila ada yang menghina sesama muslim. Sifat suka menghina dan merendahkan orang lain ini timbul apabila adanya perasaan sombong dalam diri kita. Orang yang sombongi ni mereka akan memandang rendah manusia lain kerana mereka merasakan ada sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.


sombong, manusia sombong, hidung tinggi 
 
 
 
 

Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. Tak cukup dengan kesombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah S.W.T. dan sanggup menghina Nabi Adam a.s. dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. yang dijadikan daripada tanah yang hina.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Allah S.W.T.

1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.”
 (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan melalui sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud :

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal soleh, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“


3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Allah S.W.T., seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi Allah S.W.T.

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendahkan ciptaan Allah S.W.T. hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi oleh Allah S.W.T. membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Fikirkanlah..

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.”
 (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Keutamaan Amalan Membaca 10 Surah Al-Quran Yang Mustajab



1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah S.W.T. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
 
Rasulullah S.A.W. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah S.W.T. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah S.A.W. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah S.A.W. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah S.A.W. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda S.A.W. membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala."

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

NAMA - NAMA ALLAH 99 ..

Kelebihan Asma Ul Husna



Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )


1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.
 
 


3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah.


5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.


6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.


7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.


12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham.


13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.


18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima nasihat agama.


20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna.


21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.


23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.


24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.


26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah ziir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab.


28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.


29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.


30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.


31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama.


33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.


34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan & sebagainya.


35."Ya Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.


37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,tulislah zikir ini senbanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bhasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.


38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.


39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.


40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.


41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.


42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.


43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...


45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.


46."Ya Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.


47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.


48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni, dikabulkan segala hajat.


49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.


51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.


54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.


55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini ebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.


59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...


60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.

6

1."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.


62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya.


63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.


64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.


65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.


66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...


68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar.


69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.


70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.


71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".


72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.


74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75."Ya Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.


76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca untuk setiap ba'da solat fardu lima waktu sebanyak 30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.


77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.


78."Ya Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.


79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.


80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.



81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.


82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.


83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.


84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.



85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.


88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.


89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.


90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.


91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.


92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.


94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.


97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.


99."Ya Shabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

TAZKIRAH

Apa yang terjadi Pada tubuh kita setelah dikuburkan?


Tazkirah..
APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?
Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..  Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..
 
Malam Pertama 
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
 
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..
 
Malam Kedua
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..
 
Hari Ketiga 
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..
 
Setelah Seminggu 
Wajah & mata mula membengkak..
 
Setelah 10 hari 
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..
 
Setelah 2 Minggu 
Rambut mulai gugur.. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..
 
Setelah 6 Bulan 
Semua anggota telah tiada.. Yg tinggal cuma tulang rangka shj..
 
Setelah 25 Tahun 
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor).. Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..
 
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga.. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya.. Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
 
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang-lubang api neraka...
 
Aamiin... 
 
Aku berdoa..
 
Ya اَللّهُ :         
- Muliakanlah diriku dan org yang membaca pesanan ini          
- Lapangkanlah hatiku dan hatinya          
- Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan          
- Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan          
- Mudahkan segala urusanku dan urusannya          
- Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya          
- Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar          
- Jauhkan kami dari segala Musibah          
- Serta terimalah.  semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan 
- Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU. 
 
        
 آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن          
 آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Sunday 20 April 2014

Hari Lahir Lahir Insan Tersayang ,,

Salam semua pembaca..
9 April 2014 yang lalu.. Hari Lahir Ibundaku.. Moga bonda dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati kehidupannya seharian.. Amiin...

14 April 2014 yang lalu juga, Hari Lahir Arwah Ayahandaku.. Semoga Allah Cucuri Rahmat Ke atas Roh Ayahandaku, semoga di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah, ,, Amiin.. AL FATIHAH untuk ayahandaku...

Kenali Logo Halal Yang Tidak Lagi Sah Mulai Jan 2014..


Ramai lagi dikalangan kita masih keliru dengan logo halal dan sijil halal yang sah serta diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu dalam eposid kali ini HANYA HALAL akan mengupas dan menjelaskan kekeliruan tersebut supaya masyarakat tidak terpedaya dan teraniaya.
 
   
 
 

Logo Halal Yang Tidak Sah
(DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT SWASTA)
1. LOGO IFRC
2. LOGO HALAL SEA
3. LOGO IFANCA INTERNATIONAL (SEA DAN ASIA REGION)
Teruskan Pembacaan...


LOGO HALAL YANG LAMA - JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN...
4. LOGO HALAL BAHEIS YANG LAMA
5. LOGO HALAL JAKIM YANG LAMA
6. LOGO HALAL TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI
7. LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN
TANDA HALAL SENDIRI PUNYA :
8. TANDA HALAL INI JUGA TIDAK DIBENARKAN

Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.

Logo Halal Yang Sah 

Assalamualaikum..semua Muslimin dan Muslimat sekalian.. saya akan kongsi bagaimana hendak mengenali logo halal Malaysia TULEN yang dikeluarkan JAKIM. Boleh copy dan share untuk simpanan anda semua. Sampaikan pada mereka yang tidak tahu/belum mengenali logo ini. Sebarang warna logo ini mengikut kesesuaian pembungkusan sesuatu produk itu.

Logo Halal Malaysia bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi :
Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • Perkataan Arab – “حلآل” di tengah binta
  • Diikuti tulisan rumi “HALAL”; (fontnya tidak besar, font ini centre/tengah-tengah)
  • Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
  • Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Penggunaan Logo, Nombor Standard Dan Nombor Rujukan Pada Pembungkusan Produk

Dimaklumkan bagi melaksanakan arahan penggunaan logo ini, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk oleh pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM telah mengambil beberapa langkah berikut:
  • Mengemaskini rekod nombor rujukan syarikat/kilang.
  • Nombor tersebut adalah nombor kekal yang tidak akan berubah walaupun syarikat/kilang mengemukakan permohonan yang berbeza.
  • Nombor tersebut dijana secara automatik dan telah digunakan oleh syarikat/kilang
  • Nombor yang bergaris ialah nombor rujukan yang perlu dipaparkan pada pembungkusan produk.
  • JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006
  • Syarikat/kilang yang menghadapi masalah untuk melaksanakan arahan tersebut boleh mengemukakan permohonan lanjutan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM.