Wednesday, 3 August 2011

Tuesday, 2 August 2011

Lirik Lagu Nasyid - Bulan Ramadan Bulan Bertuah ..

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Besarkan Ramadan dengan Puasa
Di waktu malamnya tambahkan Ibadah
Bacalah al Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat

Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah

Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Bulan Ramadan bayarlah Fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah kepadamu
kami beriman keranamu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmatmu ya Allah
keampunanmu wahai tuhan

Banyakkan i'ktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
kita kan mendapat pahala yang besar
seperti beribadah seribu bulan

Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar

Terasa ingin menulis ...

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432H koi dianugerahkan oleh Allah S.W.T Sakit Mata .. di awal ramadan al mubarak ini, penyakit ini adalah ujian daripada-NYA, so, koi akan hadapi dengan tabah dan koi bersyukur atas anugerah tersebut, disamping ujian berpuasa di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini .. mudah2han amalan kebajikan koi diterima dan semoga koi dapat mempertingkatkan amalan kebaikan di bulan ini,,, Ya Allah , semoga aku dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketaatan kepadamu.. Amiin...

Terima kasih kepada sahabat2 yang telah menulis dan memberi ungkapan2 dalam sms ke koi , antara yang tersentuh hati koi ...
" Sebening air wudhu',
sesuci Al-Quran,
semerdu alunan zikir,
seindah solat 5 waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
Andai tanganku tak sempat berjabat,
jika mukaku tak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf untukku,
salam Ramadan Al Mubarak 1432 H...

Tuesday, 19 July 2011

Terdetik hatiku....

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Tersentuh dengan kata-kata yang di petik dari sebuah blog yg aku baca. Bila difikirkan dan di dalami kata-kata ini, timbul persoalan adakah masih wujud persahabatan sebegini.... dikala kita ketawa gembira akan ramai sahabat mengelilingi tapi di kala kita bermuram dan bersedih masih adakah sahabat akan berkongsi semua rasa ini....