Wednesday 6 May 2009

Taman Negara ..

Pada Jumaat hingga Ahad , 01 hingga 03 Mei 2009 baru2 ini, aku bersama sahabatku telah pergi ke ESMOKAFA nama tempat tu di Kuala Tahan, membawa bersama peserta daripada Jiran Muda bagi mengadakan Kem kat situ... segala kelengkapan telah disediakan, Alhamdulillah.. Selamat semuanya.. hari pertama (jumaat) pasang khemah, makan malam wan rozlina & keluarganya masakkan untuk kome, maklumlah letih..
malam ni bermulalah .. ice breaking di selaraskan oleh En. Mohamed Faizal b. Abd Ghafar , sahabat koi, alhamdulillah.. walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.. berjalan lancar gak...

Sabtu , 02 Mei 2009 .. aku & Kak Milah mengetuai senaman POCO2 yang menjadi kegemaranku , alhamdulillah.. budak2 boleh mengikutinya... terutama barisan urusetia yang muda2 , baguslah ada gak palapesnya.. selepas itu, makan pagi ..roti dan kaya..
setelah itu, bergerak pula ke seberang menaiki boat RM2 pergi balik, jungle tracking konon2nya.. bila sampai di kanopi ramai lah orangnya, kami yang ke 400 lebih, tak jadi naik,
patah balik sbb ada program lain selepas ini, dalam perjalanan balik terserempak dengan Hajjah Roszemah dan suami serta anak2nya juga nak naik kanopi..

Makan tengahari, telur masak merah, ikan kering , sayur kobis masak santan, best gak makan panas-panas ni.. budak2 mandi, solat zohor, rehat.. aku & urusetia juga berehat hilangkan penat..

Petang dalam pukul 3.00 petang , Shamsuri & Kak milah buat program mencari harta yang hilang, (MUSUH 1, MUSUH 2, MUSUH 3) yang telah kami pelajari semasa kursus Jurulatih Belia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang Lalu.. kalau hayati program tuuu, best sgt2!!!..

Malam , lepas berehat2 menanti isyak, Jamil sms mengenai Ibu Nizam pak Cha Meninggal Dunia.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
Kami teruskan program .. Malam ni BBQ dan malam kebudayaan.. Azmi dan Othman ada datang nampaknya..

Ahad , 03 Mei 2009 .. hari akhir berada di Kem ESMOKAFA , kemas2kan tempat , buat acara penutup ringkas2 je..,
Selesai Jam 12.30 tgh , selepas makan.. kami bertolak pulang.. budak2 naik bas kota gelanggi masa ke kuala tahan bas tulah , masa balik gak bas tuu gak.. ALHAMDULILLAH .. Selamat..

No comments:

Post a Comment