Friday 13 November 2009

Peristiwa SK Jengka 8...

Peristiwa detik2 hampir tamat persekolahan 2009 ...

1. 07 Nov 2009 (Sabtu) , Program Gerak Mesra PIBG
2. 11 Nov 2009 (Rabu) , Program senamrobik poco-poco dan sukaneka
3. 12 Nov 2009 (Khamis), BBQ Tahun 6
4. 12 Nov 2009 (Khamis), Mesyuarat Guru-guru SK Jengka 8
5. 13 & 14 Nov 2009 (Jumaat & sabtu), Perkhemahan Unit Berunifom Peringkat Sekolah
6. 18 Nov 2009 (Rabu) , Hari Anugerah Pendidikan 2009
7. 19 Nov 2009 (Khamis) , Debaran murid Tahun 6.. Jangkaan keluar Result UPSR 2009





12 Nov 2009 (Khamis) Sukri dan murid tahun 6 masak BBQ





11 Nov 2009 (Rabu) Program Senamrobik Poco-poco dan sukaneka





07 Nov 2009 (Sabtu).. Program Gerak Mesra PIBG SK (LKTP) Jengka 8 bersama Persatuan Belia 4B dan Persatuan Belia Kesidang Jengka 8

Saturday 7 November 2009

HARI KELUARGA KELAB GURU & KAKITANGAN SK JENGKA 8

06 Nov 2009 (Jumaat malam sabtu) , kelab guru dan kakitangan SK Jengka 8 mengadakan jamuan hari keluarga di tempat yang belum pernah kami sampai, tp aku pernah ke situ ngan kawan2 aku suatu masa dahulu iaitu Mercu View , Bandar Jengka.. berdekatan Taman Permatang Shahbandar .tempat cikgu Norazi dan Cikgu Rosnani... Bos kami paling awal sampai jam 8.30 malam.., aku sampai jam 9.00 mlm bersama ayahandaku.. rugilah kalau tak gi, bukan selalu jumpe ngan diorang semua. Anak En Dahalan ada bekerja di situ sebagai tukang masak.. aku lupa nk bw kamera, biasenya aku ni rajin gak bw tp malam tuu.. tak smpat nak ltak dlm kereta,.. hanya ini saja gambar yang sempat aku post kan untuk tatapan sesiapa yang sudi melawat blog tuahdesa ini..esok kat jengka 8 ada program gerak mesra PIBG bersama sekolah dan belia.. mungkin aku takkan lupa nak bawa kamera tu nanti.. esok kalau sempat aku akan postkan gambar2 program gerak mesra tu insyaallah...nantikan!!!...

Sunday 1 November 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri "1 Malaysia" Tahun 2009

Pada hari Ahad 18 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Dewan orang ramai Sri Jaya , Maran .. telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
" 1 Malaysia " Tahun 2009. Anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Pahang..
KRT Jengka 8 diwakili oleh Maklong, kak yah, anak kakyah (Solehah) , Koi, Rahmat, Faizulsham,makcik minah, kak milah, Hj Deris dan anaknya.. Nasi Himpit sebagai juadah yang ditetapkan kepada KRT Jengka 8.. Program bermula dari jam 9.30 pagi berakhir jam 1.00 petang..



Rahmat dan Faizulsham


Keluarga Abang Suhaini dari KRT Jengka 22


Terima Sijil Penghargaan dari YB Datuk Hj Ismail


Kak Yah memerhatikan Makcik Minah dan Kak Milah memotong Nasi Himpit


Bergambar bersama YB Ahli Parlimen Maran Datuk Hj Ismail bin Abdul Mutalib



Bergambar kenang-kenangan di Dewan orang ramai sri Jaya Maran