Saturday 26 March 2011

Kembaliku untuk menulis .....

Ayahandaku Mat Yusuf bin Dilu

14 April 1939 ~ 14 Januari 2011
Bersamaan 24 Safar 1358H ~ 09 safar 1432H
~ Al Fatihah ~


Assalamualaikum... pembuka bicara... Sudah lama tak menulis blog perjalanan seorang desa ini.. disebabkan kesibukan tugas harian, tapi kini terpanggil utk menulisnya semula.. Sedar tak sedar sudah 2 bulan 12 hari ayahanda tersayang mengadap Ilahi,.. ayahandaku meninggal dunia yang fana ini pada hari Jumaat 14 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432H , jam 11.58 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.. akibat sakit jantung dalam usia 71 tahun., Jenazah Allahyarham ayahandaku di bawa balik ke Jengka 8 dimandi , dikafankan dan di solatkan di rumah kami dan selamat dikebumikan di pusara damai Jengka 8 pada jam 6.00 petang, Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat Allah, moga di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh...Insyaallah, Al fatihah ..!!!
Tahun ini juga merupakan tahun kesedihan buat kami sekeluarga, kehidupan kali ini tanpa ayah di sisi, hilang sudah gurau tawamu, marah dan nasihatmu mengajar kami adik beradik agar menjadi anak yang berdikari .. terima kasih ayah!!...
Alhamdulillah , kami bersyukur kepadamu Ya Allah,.. selama hidup kami dari kecil hingga dewasa ini kami dapat hidup dan berkesempatan untuk bersama ayahanda hingga ke akhir usianya ... Alhamdulillah...

2 comments: