Saujana Mata Memandang, Kehijauan sawah terbentang, Terhampar sungai mengalir, Perahu nelayan ke hilir, Pepohon melambai2, Beburung terbang berkicau riang, Di DESA kasih tertumpah, Indahnya bumi berTUAH
Wednesday, 24 August 2011
TadARUS Al QuRan SePanjAng RamaDHan 1432H
Thursday, 18 August 2011
Berbuka Puasa di Luar sekali sekala...
Kami bersolat maghrib di Masjid Bandar Tun Abd Razak Jengka,, dalam perjalanan balik sempat menyinggoh umoh sahabat koi faizal jengka 13, mendalami ilmu blogger jap.. Alhamdulillah..dapat gak ilmu drpd faizal.. koi suka care dia , tak kedekut ilmu.. dia juga Biro ICT dalam Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat Cawangan Pahang (KKPPPMBCP) ... Terima kasih wahai sahabatku...
Monday, 15 August 2011
AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT..
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Informasi iluvislam.com
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam
Sumber Text: syokislam.blogspot.comBerbuka Puasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak...



Sunday, 7 August 2011
Kisah ku pada 2 hari lepas...
1kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan
Cara menyediakannya:
Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.
*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.
Saturday, 6 August 2011
Friday, 5 August 2011
Wednesday, 3 August 2011
Meh Kita Amalkan ...
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT
Apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, banyakkanlah SOLAT DHUHA
Apabila kamu mahukan perlindungan & kekuatan diri, banyakkanlah TAHAJJUD
Apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu & syaitan, hendaklah kamu berada dalam keadaan BERWUDHU'...
Tuesday, 2 August 2011
Lirik Lagu Nasyid - Bulan Ramadan Bulan Bertuah ..
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar
Besarkan Ramadan dengan Puasa
Di waktu malamnya tambahkan Ibadah
Bacalah al Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali
Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar
Bulan Ramadan bayarlah Fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya
Allahu ya Allah kepadamu
kami beriman keranamu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmatmu ya Allah
keampunanmu wahai tuhan
Banyakkan i'ktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
kita kan mendapat pahala yang besar
seperti beribadah seribu bulan
Bulan Ramadan Bulan Bertuah
Bulan Ibadah Bulan Mujahadah
Bulan Rahmat Bulan Maghfirah
Bulan al Quran dan Lailatul Qadar
Terasa ingin menulis ...
Terima kasih kepada sahabat2 yang telah menulis dan memberi ungkapan2 dalam sms ke koi , antara yang tersentuh hati koi ...
" Sebening air wudhu',
sesuci Al-Quran,
semerdu alunan zikir,
seindah solat 5 waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
Andai tanganku tak sempat berjabat,
jika mukaku tak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf untukku,
salam Ramadan Al Mubarak 1432 H...