Monday 19 December 2011

SemBilan BeLAS DisEMber DuA Ribu SEBElas

Rumah koi malam ni mengadakan kenduri Arwah untuk Ayahandaku yang tersayang Mat Yusuf b. Dilu yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14. Januari 2011 awal tahun hari tu.. Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir malam ni, termasuk bekas anak muridku Supian, Osman, Anuar, Saho, Pokley juga adik angkatku Muhamad Hafiz... , dia datang bersama Ghofur.. Tuan Imam Haji Awang bin Husain mengetuai bacaan tahlil dan doa arwah malam ini.
Menu hidangan malam ini, Ayam masak merah, sayur labu masak kuning, ikan kering , sayur paku (tapi cepat habis, sikit sgt masaknya) dan ulam-ulaman...
Fendi dan De balik ke tersang malam ni juga sbb ade mesyuarat exco katanya.. tapi xpelh.. Moga selamat sampai ke rumah di tersang , raub sana tu,insyaallah...

Program Transformasi 1Malaysia 2011















Pada 12 hingga 15 Disember 2011 ,,, Koi menghadiri Program Transformasi 1Malaysia bertempat di Kem Bina Negara , Kuala Sentul, Maran.. Seramai 84 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Saturday 17 December 2011

DOA MEMOHON KEDUDUKAN YANG BAIK


Jika hidup anda masih susah, kekurangan serba-serbi, selalu dipandang hina atau ingin mendapat peluang yang baik dalam karier. Setelah puas berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi masih tidak juga berjaya atau berubah. Usaha yang bersungguh-sungguh mestilah diiringi dengan doa memohon kepada-NYA baru mendapat keberkatanNya.

Dibaca tiga (3) doa dibawah ini sebanyak tiga (3) kali pada waktu pagi dan pada waktu malam, insyaAllah, Allah SWT akan menyempurnakan nikmat pemberian kepada mereka yang mengamalkannya.


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah dengan redha-Mu kelemahan itu, tariklah menuju kepada kebaikan, jadikan agama Islam puncak kesukaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka angkatlah darjatku ini, sesungguhnya aku miskin, maka berilah kekayaan kepadaku, ya Tuhan yang sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya."


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Engkau berikan inii dengan kenikmatan serta afiah dan tertutup rapi, maka sempurnakan nikmat-Mu untukku serta afiah dan tutupan Engkau di dunia dan di akhirat."



Maksudnya:

"Tuhanku adalah Allah, aku berserah diri kepada-Nya, tiada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri dan Dia adalah Tuhan 'Arasy Yang Besar, tiada tuhan kecuali Allah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan terjadi. aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu berkuasa ke atas segalanya dan sesungguhnya Allah telah meliputi segala sesuatu itu dengan pengetahuan."

Wasallam.

DOA WAKTU DUKA


Salam Pembaca,

Banyak doa-doa sedih/duka yang ada dalam blog. Diantara satu yang baik dibaca ketika berduka atau bersedih diatas sesuatu perkara yang berlaku dan menyentuhkan kalbu, perasaan yang tidak terkawal bacalah doa ini semuga terubat akan hati yang duka itu. Jangan cari lain-lain alternatif untuk menghilangkan kesedihan seperti mengambil dadah, minum minuman keras yang paling teruk ada yang bunuh diri. Wallahua'lam.


Maksudnya:

"Tiada tuhan kecuali Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyantun, tiada tuhan kecuali Allah Tuhan "Arasy Yang Maha Agung, tiada Tuhan kecuali Allah, penguasa langit-langit dan bumi, Penguasa 'Arasy Yang Mulia."

Wasallam.

DOA MEMOHON DIJAUHKAN DARI EMPAT BAHAYA BESAR


Salam Pembaca,

Doa ini baik dibaca setiap kali lepas solat supaya Allah SWT jauhkan diri kita dan ahli keluarga dari 4 bahaya besar ini. Bala dari Allah SWT, Kesengsaraan, Buruk Nasib dan Fitnah/Cemuhan Orang. Kita sentiasa berserah diri pada-Nya mestilah selalu berdoa semuga senantiasa dipelihara dan dilindungi-Nya.


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bala, jurang kesengsaraan, buruknya nasib dan cemuhan lawan."

Wasallam.

Orang yang dianiaya, doanya tiada hijab




Jika diikutkan hati yang marah dan geram mahu sahaja aku habiskan riwayat orang-orang yang zalim dan yang suka menganiaya orang lain. Tapi disebabkan undang-undang yang menghalangkan aku berbuat demikian, aku pasrah kepada-Mu Ya Allah SWT dan menyerahkan hidup ini bulat-bulat kepada-Mu!. Ku mohon pertunjuk dan pertolongan di saat-saat yang mencemaskan dan menyedihkan. Hanya Kau yang dapat membalas perbuatan orang-orang yang zalim diatas muka bumi ini.


Kisah ini baru berlaku dua hari yang lepas, semasa anak perempuanku balik ke UTM, Sekudai, Johor Bharu memulakan pengajian semester terakhir. Kejadian kecurian dompet berlaku semasa beliau ke tandas di tempat rehat Yong Peng. Dompet yang disimpan dalam beg galas terlupa dibawa bersama semasa turun dari bas ekpress Teluk Intan ke Johor Bharu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, didapati dompetnya telah hilang. Pada masa itu jam baru 2 pagi. Jadi beliau menghubungi penulis tentang kecurian dompetnya. Ayah mana yang tidak risau sekiranya anak perempuan pula, keseorang ditempat orang tanpa wang untuk meneruskan perjalanan balik. Wang yang diberi termasuklah perbelanjaan harian sehingga mendapat biasiswa hujung bulan nanti.

Dalam keadaan tertekan, hanya Allah SWT tempat aku mengadu dan memohon pertolongan-Nya.

Ayat-ayat yang penulis baca semasa tertekan malam itu:-

1. Selawat Nabi 11 kali.
2. Alfatihah 11 kali - dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, sahabatx dan keluarganya. Wali-wali Allah, orang muslim yang baru mati dan arwah ibu/ayah.
3. Doa Qunut Nazilah 11 kali - dituju kepada orang yang menganiaya. (Yang Mencuri).
4. Doa diminta - mohon pulangkan dompet sahaja.
Rasulullah SAW, bersabda, "Tiga orang yang do'anya dikabulkan: Do'a orang tua, musafir dan orang yang dianiaya".
InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan lambat atau cepat. Dalam kes anakku. Ada seorang hamba Allah yang baik menghulurkan sedikit wang untuk anakku meneruskan perjalanan balik ke kampus. Pada jam 5 pagi, anakku menerima satu panggilan telefon dari pemandu bas dan memberitahu dompet sudah dijumpai di dalam bas. Hanya RM 40 sahaja yang hilang. Baki wang lain tidak diambil. Mungkin yang mencuri itu kasihan atau takut untuk mengambil kesemuanya. "Terima kasih Ya Allah," kerana memakbulkan permintaan hamba mu yang lemah ini!.

Ada satu kisah lagi orang yang dianiaya, seorang kawan, anaknya bernama Imran dianiaya atas kes samun 2 tahun yang lepas. Segala usaha dibuat oleh ayahnya untuk menyelesaikan supaya anaknya tidak dipenjarakan. Sebenarnya anak beliau bergaduh pasal kes perempuan yang diganggu oleh seorang pemuda dari kampong seberang. Semasa berlaku pergaduhan, barangan seperti telefon bimbit dan pakaian habis rosak. Pemuda tersebut membuat laporan polis. Tetapi seorang anggota polis yang tidak bertugas pada hari itu yang berada di Balai Polis, pula yang sibuk masuk campurtangan dan menyebelahi pemuda yang buat report.

Beliau menasihat pemuda itu supaya membuat laporan polis bahawa beliau telah disamun oleh Imran. Kes samun berat hukumannya berbanding kes gaduh. Masa depan Imran boleh terjejas kerana pada masa itu beliau sedang menunggu keputusan SPM. Bapa Imran cuba merayu dan memohon belas kasihan dari anggota tersebut. Tapi dengan sombong beliau berkata, "Siapa yang berkuasa sekarang".

Imran ditahan reman dan di#@$%&* semasa dalam lokap. Bapa mana yang tidak sedih jika berlaku pada anak kita. Lebam sana sini. Bapa Imran bukannya orang senang. Kerja kampong sahaja. Mana nak cari duit untuk menjamin anaknya.

Setelah menghubungi penulis atas kejadian itu, penulis menasihat beliau supaya banyak bersabar dan berdoa supaya Imran dibebaskan dengan kes gaduh sahaja. InsyaAllah terlepas juga Imran dari kes samun cuma membayar kos kerugian telefon dan sekarang Imran telah meneruskan pengajian.

"Tetapi apa yang berlaku kepada anggota yang sombong itu!" Selepas 2 bulan berlaku berlalu, Beliau telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Itu kehendak Allah SWT. Mungkin banyak sangat menyusahkan hidup orang lain dengan kuasa yang ada. Ditarik nyawanya supaya tidak lagi dapat menyusah hidup orang lain pula pada masa akan datang. Begitu juga dengan kes adik-adik yang lain yang dianiaya yang selalu kita baca dalam akhbar. Jangan menganiaya orang lain. Allah SWT akan membayar "cash" di dunia ini juga.

Dari kejadian itu, semuga menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita. Jangan menganiaya hidup orang lain hanya kerana kita ada kuasa, tidak suka atau setuju dengan pendapat. Jika perbuatannya dapat dimaafkan, maafkanlah kerana membalas dendam adalah sifat Syaitan dan Iblis. Sekiranya dapat menolong orang dalam kesusahan, lakukanlah dengan kuasa yang ada pada kita.

Jazakallah Khairan.

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Salam Pembaca Yang Setia,


Doa ini diambil dari Darusyiffa. Ia salah satu doa untuk membuka segala kunci pada permasalahan jasmani dan rohani. Sebelum ini captain telah memasukkan N3 "Doa Pembuka Dan Menutup Pintu Hati". N3 kali ini juga adalah Doa untuk membuka apa telah tertutup atau terkunci seperti fikiran,hati, pintu rumah, peti dan lain-lain lagi.

Banyak perkara yang tertutup atau terkunci. Sebagai contohnya, nafsu dikunci terhadap isteri, ilmu pelalau yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Pintu rezeki tertutup rapat. Fikiran dan hati yang tertutup. Perasaan dan kasih sayang tertutup pada isteri atau suami dan sebagainya.

Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT akan menentukan segala-galanya.


Maksudnya:(Surah Al-Fath:Ayat 1,2,3):

1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Wasallam.

Saturday 10 December 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai ..

Assalamualaikum..
* Letih tul koi rasa dalam beberapa minggu ini, mana taknya menguruskan peserta Program Transformasi 1Malaysia Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat Cawangan Pahang Anjuran Biro Tatanegara Cawangan Pahang yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 Disember 2011 minggu depan ini.. Pelbagai karenah peserta2 ni, ada yang tak nak gilh alasannya sakit, anak kawin, nak pencen dh tak perlu kursuslh.macam2 lg le.. bagi koi jawapan yg koi beri , surat tu dari JPNP, so, kena jawablh dengan membuat surat tunjuk sebab kepada diorang di sana tu maklumlah WAJIB... dalam minggu last ni pun ada yg nak tarik diri,, koi memang x benarkan dah.. kenapa bru skrg ni nak bagitau,, masa surat tu sampai dulu tu buat tak reti je...
* Tapi, Alhamdulillah... setakat ni, 95% dah siap kerja koi dalam menguruskan peserta dan cenderamata untuk diberikan kepada penceramah2, urusetia2 dan perasmi di BTN itu nnt..
Pagi Isnin 12.12.2011 itu nanti, koi n faizal akan ke Kolej Matrikulasi Gambang untuk sesi Taklimat SBPA wakili kesatuan seperti di surat jemputan yang dihantar kepada semua sekolah di daerah maran.., ngan kete koi gi nanti..
* Pagi nanti gi Jerantut , servis kereta, jumpa dengan si davis tuu.. dah lama x jumpa ngan dia tu, macam ne dia skrg ni .. hari tu katanya dah nak kawin dah tapi xde pun jemputan ke koi..
okeylah.. setakat ini koi berceloteh... jumpa lagi di masa2 senang nnt..insyaallah...

Tuesday 6 December 2011

Gaji Baru dari SBPA berkuatkuasa 1 Januari 2012

Salam..

Koi selama ini menunggu info dan pekeliling yang terkini dan sahih yang akan dikeluarkan oleh JPA terutamanya untuk koi dan kakitangan awam lain... Pelbagai romuor dan berita diterbitkan sementara itu..

Jadi Mulai minggu ini, JPA sudah bergerak mengadakan roadshow untuk penerangan sistem SBPA ini..

Antara info yang koi dapat dari kawan2 adalah seperti berikut..

1.Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Penilaian Markah Penjawat Awam
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

Pemarkahan diatas adalah Key Performance Index @ (KPI).bonus tahunan akan dinilai dengan KPI.

Mereka yg terlibat dengan PGT 5,8,15 % ini adalah dari golongan Premier,Jusa & Pengurusan Tinggi sahaja.
Ini berikutan gaji mereka dalam SBPA cuma ada minima dan maksima. Struktur penjawat awam lain adalah mengikut PGT SBPA (sistem gaji sebaris).

2. Fungsi jabatan yang bertindih dikecilkan skop (digabungkan).

3. Pewujudan Anugerah PPC (Pingat Pekerja Cemerlang):

i.Cemerlang dalam perkhidmatan
ii.Aktif dalam aktiviti masyarakat dan sukan
iii.Mengharumkan nama negara

4. Pencen dibayar pada umur 55 tahun (lagi info berkaitan akan diupdate).

5. Semakan Elaun & Kemudahan pada 2013 dan Semakan Pelarasan Gaji pada 2014.

6. Pegawai awam menolak SBPA : --> Kekal secara KUP dalam SSM & Terima gaji SSM.

7.Ada jawatan akan dijumud@digabung@dimansuhkan dalam SBPA.

8.Bagi skim perkhidmatan yang DIKEKALKAN dalam SBPA,sekiranya menolak SBPA;kekal dalam skim SSM,terima gaji SSM,naik pangkat dalam SSM.

**9. Kaedah Pengiraan Gaji Baru SBPA. Gaji sekarang akan diberikan satu kenaikan dalam skel gaji SSM. kemudian akan diselaraskan pada mata gaji sama @ tertinggi berhampiran dalam sistem gaji sebaris SBPA. Confius ke..sy simplifykan base on gred N17.

Gaji SSM

JADUAL GAJI : N17 P1:
T1 820.38
T2 870.29
T3 920.20
T4 970.11
T5 1020.02
T6 1069.90

Jadi untuk jadual baru gaji SBPA..katakan gaji saya sekarang P1T3 920.20..saya dapat satu anjakan gaji ke T4 terlebih dahulu..
maknanya gaji saya 970.11..selepas itu gaji saya akan diselaraskan ke mata gaji sama @ terhampir dalam SBPA iaitu T2 Rm 1,050. Sedikit hint gaji N17 SBPA.

Gaji SBPA

JADUAL GAJI : N17
T1 955
T2 1050
T3 1145
T4 1240
T5 1335
T6 1430

Itu untuk N17 .. Untuk para Guru pulak, ada beritanya pula....

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...
Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

A.Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

B.Kenaikan tahunan untuk :

DG 41... RM 230
DG 44 ...RM 250
DG 48....RM 270
DG 52....RM 290
DG 54....RM 320

C.GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

D.Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

E.Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )

Itu adalah serba sedikit berkenaan SBPA.. Harap maklumat ini akan memberi input kepada semua

Info tambahan :-

1. Kepada sesiapa yang sudah memcapai tempoh time based tetapi masih tidak menerima kenaikan pangkat, sila hubungi PSM, Kementerian Pelajaran untuk tindakan segera. Perhatian, perkara ini perlu dilakukan sebelum 15 Disember 2011 ini... cepat...

2. Tuan/puan boleh memilih untuk bertukar kepada SBPA dengan menandatangai borang khas yang ada di Jabatan masing-masing.. Tempoh tandatangan bermula 15 Disember sehingga 30 Disember 2011.. Jika pada masa itu, tidak menandatanganinya dianggap tidak bersetuju dan akan kekal dalam SSM ..

3. Dalam SBPA juga, sesiapa ada kemahiran lain, akan diberi ganjaran lain...Contoh, ASP polis tetapi ada skill bawa kapal terbang, akan diberi gaji DSP...Berita lanjut akan diupdated...

Monday 5 December 2011

EmPAt DisEmbER DuA RIBu SeBELas ...

5 Disember 2011 (Isnin)..
Dimulai Assalamualaikum .. Bismillahi awalihi wa akhirihi ...
Lama dah koi tidak menulis dalam blog ini, nak mula balik susah gak, maklumlah manusia ni ada mase rajin ade mase malas...
Letih x hilang lagi,,, semalam lepas berkompang di Felda Semarak jengka 15, ke Kuala Krau lepas tu terus k gunung senyum, bawa ahli kelab kompang panjat gunung,,, LOTEH sgt2...
kereta koi, kak milah, due dan mi jusoh .. Alhamdulillah.. cdg nk gak letak gambar aktiviti tu ke dalam catatan koi ni, tp entah ngapa x lepaslh pulok nak upload ... nanti kalau dh ok koi masuklah,, so, lehlah sape2 yang temui blog koi ni lehlh intai2...

Dah le tuu.. ade pulak yg brgaduh sesama diorang,,, tp Alhamdulillah dapat koi leraikan dengan cara koi sendiri ..
" YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DIKASIHI " barulah aman dan sentosa hubungan Silaturrahim sesama ahli kelab... jauhi sifat EGO dalam diri tu, buang jauh2.. kalau dah brgaduh tu boleh terus ke hati... Lidah boleh memaafkan tetapi hati yang sakit akan sentiasa berdarah jika tidak diubati dengan ZIKRULLAH ..
So,, Mehlah kita berzikir dengan membaca Al Quran Al Karim, itulah yang seafdhalnya untuk ketenangan hati dan jiwa yang kacau ...

Selepas solat subuh tu,, antara jam 8.30 pagi cuba laksanakan solat sunat Dhuha... banyak kelebihannya ..