Tuesday 3 January 2012

Renungan Bersama .....


“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”



Kata Abdullah Ibnu Mas'ud RA: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT?" Baginda SAW menjawab 'SOLAT' (Solat Fardhu di awal masuk waktunya). Kemudian aku bertanya lagi: "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Baginda SAW menjawab 'Menghormati & Berbakti kepada kedua IbuBapa'. Kataku lagi: "Selepas itu apa pula?" Baginda SAW, menjawab 'BerJihad Di Jalan ALLAH (JIHAD FISABILILLAAH) - Mafhum Hadis Sahih (Riwayat Bukhari).

Sekiranya ALLAH segera & cepat makbulkan Doa & Hajat kita, maka Dia menyayangi kita.

Sekiranya ALLAH lewat & lambat makbulkan Doa & Hajat kita, maka Dia ingin menguji kita.

Sekiranya ALLAH tidak makbulkan Doa & Hajat kita, maka sesungguhnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesungguhnya, tiada perancangan yang lebih baik (bahkan terbaik) melainkan perancangan ALLAH SWT Yang Maha Sempurna.

Oleh yang demikian, janganlah kita bersangka tidak baik & menyalahkan Takdir (Qada' & Qadar) ALLAH. Sesungguhnya, Kasih-Sayang (Sifat Ar-Rohman & Ar-Rohim) ALLAH jauh mendahului Kemurkaan-Nya terhadap kita.

ALLAH Maha Bijaksana & Maha Mengetahui juga Maha Memahami apa yang tidak baik, kurang baik, baik, lebih baik & terbaik untuk diri kita. Dan ALLAH SWT sentiasa mahukan & berikan yang TERBAIK untuk setiap hamba-hamba-Nya yang Mukhlis (Ikhlas) & Beriman lagi Bertaqwa kepada-Nya, (kalaupun tidak di dunia, barangkali mudah-mudahan di Alam Barzakh hendaknya dan seterusnya di Alam Akhirat, Insya'ALLAH).

No comments:

Post a Comment