Monday 28 May 2012

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak.
Ramai yang percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.
Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga menpunyai rahsia dan formula makanan mereka yang tersendiri dan terpendam di dalam kitab tradisional dalam bahasa Arab.
Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :-

1. MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktirafkanya sebagai " Syifa " iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin , mineral, protien, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa serta lemah fikiran.
Kismis digalakkan sebagai makanan ringan ketika mengulangkaji pelajaran.

3. SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Merupakan makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protien, semua jenis vitamin , mineral dan air.
Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

4. TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protien, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa . Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

6. LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protien, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

8. DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

9. DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

10. HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

11. KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ianya juga mengandungi nilai protien yang tinggi.

12. BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

13. KEMENYAN PUTIH ( KEMENYAN SERANI / LUBAN / KUNDAR)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

14. BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

15. BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk meransang kecergasan minda danmemberi lebih tenaga untuk badan.

16. LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

17. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

18. MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil . Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

19. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu menguatkan kekuatan akal dan memori.

No comments:

Post a Comment