Monday 31 December 2012

TiGA PULuh Satu DisemBER Dua RIBu Dua BELas

Assalamualaikum... Bismillahirrahmaanirrahiim....
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT , kerana masih bernafas di ketika dan saat ini, hari ini merupakan hari akhir dalam kalender masihi 2012, tanggal 31 Disember 2012 .. banyak peristiwa pahit dan manis berlaku di dalam kehidupan sepanjang tahun  ini, tp biarlah ia menjadi kenangan yang abadi dalam hidupku, nak di kisahkan panjang berjela.. cuma yang paling kuingati ialah 9 Safar 1434H bersamaan 23 Disember 2012 genap 2 tahun pemergian ayahandaku tersayang mengikut kalendar islam,, kalau mengikut kalender masihi 14 Januari 2013 nanti genap 2 tahun ... (AL FATIHAH BUAT AYAHANDAKU HAJI MAT YUSUF BIN HAJI DILU) ..

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT jua,, bondaku Sihat sepanjang tahun ini,, mudah2han beliau sihat selalu hendaknya.. di samping doa2 drp anakanda2 beliau semuanya.. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan untuknya,,, semoga kami anak2 beliau dapat menjadi Qurratun A'yuun untuknya,, sbg penghilang kedukaan beliau dengan sebab ketiadaan ayahanda di sisinya...

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT, tanggal 16 Oktober 2012 yang lalu genap 13 Tahun perkhidmatanku dalam jawatanku sekarang ... semoga aku dpt berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang di masa akan datang ... insyaallah...

Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah SWT ... di atas segala macam nikmat yang diberi sepanjang kehidupanku di Dunia di sepanjang Tahun ini ...

SELAMAT TAHUN BARU 2013 ....

Monday 10 December 2012

Jom Kita Amalkan ...


Sunday 2 December 2012

Kisah Di Satu Disember Dua Ribu Dua Belas ..

Assalamualaikum..
Sudah lama koi x update blog koi ni, kini nak menulis pulak.. Kini dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2012 ini iaitu Disember , apa yang akan berlaku di bulan ini ,,erm x diketahui lah lagi...
 Minggu lepas hari khamis 29hb Nov 2012, salah seorang peneroka felda Tn.Hj Razali b. Rashidi ,yang juga seorang siak masjid jengka 8 telah kembali kerahmatullah ,,moga rohnya dicucuri Rahmat Allah, dan moga di tempatkan bersama2 orang yang soleh..Amiin..
hari semalam sabtu 01 Disember 2012  , koi dan Muhammad Faris telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop di Kolej Komuniti Temerloh . Lewat sikit ginya, tapi Alhamdulillah ,, demi Ilmu koi gi jua... call pn. mariam , nyatakan kelewatan , dia ok jek.. Sayang juga x gi,, belajar cara nak mengedit gambar kawin dan majlis keramaian.. seronok, dapat guru yang mengajar spt Cik Fara Azreerin bt. A Karim.
Lepas tamat kelas, koi n faris terus ke Kg Desa Jaya, mentakab urusan perniagaan, lepas tu ke Taman Bukit Bendera untuk berjumpa bekas Pengerusi KKPPPPMB Cawangan Pahang En. Mat Tarmizi b. Musa, ambil surat jemputan perwakilan dan bincang hal berkaitan mesyuarat perwakilan di Kuala Lumpur pada 8.12.2012 nanti.
Koi cdgnya nak gi jumaat 7.12.12, sbb koi cdg nak brmalam di hotel berdekatan ,,maklumlah koi ni bukan fasih sgt ttg jalan di kuala lumpur, walaupun dah berkali2 koi gi situ..ermmm.. maklumlah bukan muda lagi koi ni..
setakat ni dululah koi menulis utk kali ini.. mata sudah mengantuk... so,,
Wasalam...