Tuesday, 3 January 2012

Renungan Bersama .....


“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”



Kata Abdullah Ibnu Mas'ud RA: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT?" Baginda SAW menjawab 'SOLAT' (Solat Fardhu di awal masuk waktunya). Kemudian aku bertanya lagi: "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Baginda SAW menjawab 'Menghormati & Berbakti kepada kedua IbuBapa'. Kataku lagi: "Selepas itu apa pula?" Baginda SAW, menjawab 'BerJihad Di Jalan ALLAH (JIHAD FISABILILLAAH) - Mafhum Hadis Sahih (Riwayat Bukhari).

Sekiranya ALLAH segera & cepat makbulkan Doa & Hajat kita, maka Dia menyayangi kita.

Sekiranya ALLAH lewat & lambat makbulkan Doa & Hajat kita, maka Dia ingin menguji kita.

Sekiranya ALLAH tidak makbulkan Doa & Hajat kita, maka sesungguhnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesungguhnya, tiada perancangan yang lebih baik (bahkan terbaik) melainkan perancangan ALLAH SWT Yang Maha Sempurna.

Oleh yang demikian, janganlah kita bersangka tidak baik & menyalahkan Takdir (Qada' & Qadar) ALLAH. Sesungguhnya, Kasih-Sayang (Sifat Ar-Rohman & Ar-Rohim) ALLAH jauh mendahului Kemurkaan-Nya terhadap kita.

ALLAH Maha Bijaksana & Maha Mengetahui juga Maha Memahami apa yang tidak baik, kurang baik, baik, lebih baik & terbaik untuk diri kita. Dan ALLAH SWT sentiasa mahukan & berikan yang TERBAIK untuk setiap hamba-hamba-Nya yang Mukhlis (Ikhlas) & Beriman lagi Bertaqwa kepada-Nya, (kalaupun tidak di dunia, barangkali mudah-mudahan di Alam Barzakh hendaknya dan seterusnya di Alam Akhirat, Insya'ALLAH).

Jom Amalkan Membaca Surah-Surah Dari Al Quran

Surah Al Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.



Surah Al Insyirah


Tips memperolehi rezeki yg banyak:

Rasullullah bersabda "Barangsiapa mmbaca surah Al-insyirah, Allah akan mengurniakan kelebihan kepadanya umpama orang yg datang untuk mnggembirakanku ketika aku dalam kedukaan"

Para Ulamak pula berkata:
Sesiapa yg mengamalkan membaca surah al-insyirah & djadikan sbgai wirid stiap kali selepas solat fardhu, nescaya Allah akan menghilangkan dukacitanya, dianugerahkan rezeki yg banyak, fikirannya luas, dan senang melakukan sesuatu pekerjaan & hilang sifat malas.

sama-sama kita sebarkan ilmu yg bermanfaat agar mnjdi bekalan di akhirat nnti.

Sunday, 1 January 2012

SatU JanuARI DUa RiBU DUA BelAS - SeLAMat TAhuN BARu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Kembaliku berbicara kisah kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2011 yang lalu.

Awal tahun kami sekeluarga kehilangan orang yang disayang Ayahanda Mat Yusuf b. Dilu yang telah kembali kerahmatullah pada Hari Jumaat 14 Januari 2011 bersamaan 9 safar 1432H dalam usia 72 tahun ..Al Fatihah ..

Pada 7 Jun 2011 bersamaan 5 rejab 1432H adik koi Yusniza bt Mat Yusuf bertunang dengan Norafendi b. Hj Ahmad dari Felda Tersang 3.. tanpa ayahanda di sisi.. pertama kali dalam sejarah hidup koi , kena mengambil tugas ayah .. Tapi ujian demi ujian ku terpaksa lalui jua.. siapa lagi kan!! . aku pasrah dan redha dengan pemergian ayahandaku .." Moga rohnya dicucuri Rahmat Allah, semoga ayahandaku di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh" Amiin..

Pada hari khamis 21 Julai 2011 bersamaan 19 syaaban 1432H, Apak budin dan mak wan (mak dan ayah angkatku) pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Al fatihah buat kedua mereka..

Suasana sedih Hari raya Aidilfitri tahun ini amat berlainan sekali , kali pertama tanpa ayah di sisi untuk bersalaman dan mencium tangan beliau, biasanya setiap tahun koi dan ayah serta abang ipar dan akmal akan ke masjid untuk Solat hari raya Aidilfitri menaiki kereta kenari koi tu .. tapi kali ini ,,tiadalah gurau sendamu di sisi kami...

Pada Hari Sabtu 22 Oktober 2011 bersamaan 23 zulqaedah 1432H, adik koi Yusniza bt. Mat yusuf diijab qabulkan dengan norafendi b. hj ahmad .. Air mata mak, koi dan kami sekeluarga mengalir tanpa henti mengenangkan sesuatu yang amat memilukan kami sekeluarga..(tanpa ayah di sisi)...

Pada 12 dan 13 November 2011 , koi digembirakan dengan mengikuti lawatan sambil belajar ke kuala lumpur dan melaka ...

Pada 12 hingga 15 Disember 2011, koi menyertai program transformasi 1malaysia di kem biro tatanegara , maran .. koi dan ajk KKPPPPMB Cawangan Pahang diberi sebuah rumah utk menginap sebagai urusetia kesatuan.. Yang menginap di rumah seri bera itu terdiri daripada : Koi, Abg Lan (bendahari), Rafsan jani, kak Badariah, kak Rokiah, kak Hawa dan kak fatimah.. Alhamdulillah selesai...

setakat ini saja yang dapat dicoretkan buat kali ini, ada lagi peristiwa yang amat pahit pun ada tapi biarlah sekadar koi aje yg ketahui dan Allah maha mengetahui segalanya.. koi serahkan perkara ini kepadaNYA yang maha kuasa..

Monday, 19 December 2011

SemBilan BeLAS DisEMber DuA Ribu SEBElas

Rumah koi malam ni mengadakan kenduri Arwah untuk Ayahandaku yang tersayang Mat Yusuf b. Dilu yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14. Januari 2011 awal tahun hari tu.. Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir malam ni, termasuk bekas anak muridku Supian, Osman, Anuar, Saho, Pokley juga adik angkatku Muhamad Hafiz... , dia datang bersama Ghofur.. Tuan Imam Haji Awang bin Husain mengetuai bacaan tahlil dan doa arwah malam ini.
Menu hidangan malam ini, Ayam masak merah, sayur labu masak kuning, ikan kering , sayur paku (tapi cepat habis, sikit sgt masaknya) dan ulam-ulaman...
Fendi dan De balik ke tersang malam ni juga sbb ade mesyuarat exco katanya.. tapi xpelh.. Moga selamat sampai ke rumah di tersang , raub sana tu,insyaallah...

Program Transformasi 1Malaysia 2011















Pada 12 hingga 15 Disember 2011 ,,, Koi menghadiri Program Transformasi 1Malaysia bertempat di Kem Bina Negara , Kuala Sentul, Maran.. Seramai 84 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Saturday, 17 December 2011

DOA MEMOHON KEDUDUKAN YANG BAIK


Jika hidup anda masih susah, kekurangan serba-serbi, selalu dipandang hina atau ingin mendapat peluang yang baik dalam karier. Setelah puas berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi masih tidak juga berjaya atau berubah. Usaha yang bersungguh-sungguh mestilah diiringi dengan doa memohon kepada-NYA baru mendapat keberkatanNya.

Dibaca tiga (3) doa dibawah ini sebanyak tiga (3) kali pada waktu pagi dan pada waktu malam, insyaAllah, Allah SWT akan menyempurnakan nikmat pemberian kepada mereka yang mengamalkannya.


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah dengan redha-Mu kelemahan itu, tariklah menuju kepada kebaikan, jadikan agama Islam puncak kesukaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka angkatlah darjatku ini, sesungguhnya aku miskin, maka berilah kekayaan kepadaku, ya Tuhan yang sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya."


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Engkau berikan inii dengan kenikmatan serta afiah dan tertutup rapi, maka sempurnakan nikmat-Mu untukku serta afiah dan tutupan Engkau di dunia dan di akhirat."



Maksudnya:

"Tuhanku adalah Allah, aku berserah diri kepada-Nya, tiada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri dan Dia adalah Tuhan 'Arasy Yang Besar, tiada tuhan kecuali Allah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan terjadi. aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu berkuasa ke atas segalanya dan sesungguhnya Allah telah meliputi segala sesuatu itu dengan pengetahuan."

Wasallam.