Tuesday 1 September 2009

Perhimpunan Khas Hari Kemerdekaan Ke-52 Daerah Maran Tahun 2009

Isnin, 31 Ogos 2009 .. aku menghadiri Perhimpunan Khas Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Maran Tahun 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Maran.. Bagi mewakili pengerusi yang tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Acara bermula 7.30 pg hadirin mengambil tempat, Pengerusi2 dan wakil KRT di tempatkan di tengah dewan. Majlis di disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran mewakili Menteri Besar Pahang . Persembahan nyanyian lagu diiringi oleh kumpulan koir Majlis Daerah Maran, antara lagu2 yang dipersembahkan : Negaraku, Jalur Gemilang, Malaysiaku Gemilang dan lagu 1 Malaysia. Selepas nyanyian tersebut diadakan pula majlis penyampaian hadiah pertandingan sepanduk terbaik bagi 3 kategori disusuli dengan bacaan Ikrar rukun Negara oleh wakil 3 bangsa , melayu, cina dan india, perhimpunan ini di akhiri dengan laungan Merdeka sebanyak 7 kali diketuai oleh Pegawai Daerah Maran...



Sebahagian hadirin yang hadir

Guru2 Tabika Perpaduan Daerah Maran




No comments:

Post a Comment