Sunday 20 September 2009

1 Syawal 1430H

Ahad , 1 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009... Hari raya AidilFitri, Solat Hari Raya jam 9.00 pagi diimami oleh Imam Ramli bin Katio... Balik, kat umah ada ahli blok beraya di rumah ramai tahun ni, tak spt tahun lepas2 .. hari ini aku ikut geng2 aku gi beraya, rumah pertama rumah pak hashim , rumah azmi jusoh, rumah pokley, rumah rahmat, rumah raduan, rumah aku, rumah saiful, rumah naser, dan akhirnya rumah kamal , malam nnt sambung lak, aku dan keluarga ziarah kubur adik tajuddin , baca doa sikit..Alhamdulillah, Malam ni selepas isyak ke rumah jamil dan rumah hj baderi, cadang nak ke rumah shahrul selepas itu, malangnya dah lewat, esok malam pulak , insyallah.


Bersama Ayahanda dan bonda sebelum gi Solat Sunat Aidil Fitri




Bersama Adik angkatku Muhammad Hafiz
di Rumah Aku

Di Rumah Haji Baderi

Di Rumah Kamal

Di Rumah Nasir


Di Rumah Saiful

Friday 18 September 2009

Mula Start Cuti Raya ..

Jumaat, 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadan 1430H, cadangnye nak ke Jerantut nak matikan setem hasil.., samada nak gi pesuruhjaya Sumpah atau Pejabat Daerah, sebabnya semua pejabat buka lagi, yang dah bercutinya Warga Pendidik termasuklah aku ni.. Si Desa ni nak meronda bandar hari ini menjelang raya, dah raya nanti kedai tutup tapi lepas raya biasenya cepat bukanya.. Dah kerje si peniaga kan!! .
Biasanye ayah koi buat lemang kalo raya2 ni , tak taulah pulok tahun ni, tapi juadah special umah koi yang memang tiap2 tahun membuatnya " Mee Sup Thailand " namenya.. rumah orang lain memang tak jumpe di jengka ni, menunya n bahan2nye orang anggap macam "Pecal" tapi ia bukan pecal tuhh..
Raya pertama, beraya di jengka ni je, tp raya ke 2 balik kampung machang gelap, chenor lah.., ziarah kubur arwah tok dan tokki kedua2 belah mak dan ayah koi,, biasenya sepupu koi kat kg tu , abang safnan dan abang safri nak sertai sekali menziarah .. x taulah pulok tahun ni,,, xde lagi call koi.. kalu ramai lagi meriah..dapat mengimbau semula masa koi kecik2 dulu lepas sembahyang raya kat masjid kg pantai tu, seronok kalo gi kubur, maklumlah masa budok manelah reti ape2, masa tu ramai yang datang, kalau duit ni, tak muat kocek nak isi .. Yealah orang yang datang berziarah bawa duit syiling, banyak pulok tuu.. Segalanya telah menjadi kenangan yang xkan dapat koi lupakan, insyaallah..
Lain pulok di Felda ni, kalo gi kubur sekadar ziarah ajelah xde pun macam koi kecik2 dulu dapat duit sedekah dari orang yang berziarah x kiralah orang yang dikenal atau tak, banyak bezanya.. itulah suasana hidup di Desa..
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI " , MAAF ZAHIR DAN BATIN

Majlis Khatam Al-Quran Masjid FELDA Jengka 8 2009

Khamis malam Jumaat 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H, Majlis Khatam Al-Quran Masjid FELDA Jengka 8 diadakan di Masjid Ubudiah FELDA Jengka 8 disertai oleh Warga Emas dan Belia, program ini dipimpin oleh Imam Ramli b. Katio. Program Tadarus Al Quran Jiran Warga Emas dan Jiran Muda telah bermula pada 1 ramadan yang lalu hingga pada malam 27 ramadan ini, dengan empat kali khatam (secara tidak rasmi). Pada malam ini berakhirlah penantian semua peserta tadarus..setiap peserta mendapat cenderahati dan di akhiri program dengan bergambar beramai-ramai dan menikmati jamuan pulut kuning yang telah disediakan oleh Pengerusi Masjid FELDA Jengka 8 : En. Ali bin Malek.

" SEMOGA DITERIMA AMALAN BAIK DI BULAN BAROKAH INI , INSYAALLAH "

Semua peserta Khatam Al-Quran bergambar kenang-kenangan


Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran Belia FELDA (MBFM) 2009

Rabu, 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadan 1430H, Program Majlis Khatam Al Quran Belia FELDA (MBFM) 2009 telah diadakan di Masjid FELDA Belara, Kuala Terengganu Darul Iman, penyertaan terdiri daripada belia-belia di empat buah wilayah ,( wilayah Terengganu, Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuantan dan Wilayah Jengka). FELDA wilayah Jengka terdiri daripada 4 orang dari FELDA Kesidang Jengka 8 (koi, Pokley, Mat dan Hanif ), 2 orang dari FELDA Melati Jengka 11, 3 orang dari FELDA Semarak Jengka 15 dan 2 orang dari FELDA Siantan Jengka 19.Program dimulai dengan Solat Zohor berjemaah, Tadarus Al Quran sebanyak 30 kumpulan, Khatam al Quran, Acara penutup di rasmikan oleh ADUN Kawasan Tepoh, Jamuan berbuka puasa, solat maghrib dan bersurai pada jam 8.00 malam.
Bergambar kenangan di hadapan Masjid FELDA Belara, Kuala Terengganu
dari kiri : Hanif , Koi , Rahmat & Razlan










Kumpulan-kumpulan Tadarus







Dapat Cenderahati dari Ibu Pejabat FELDA .. Banggalah kononnye tu
Menikmati Juadah berbuka pose.. hanif bersama Syafiq (budak Jengka 19)

Inilah hidangan untuk jamuan berbuka pose (Hidangan FELDA Belara) .. Alhamdulillah








Wednesday 16 September 2009

RAMADAN HAMPIR MELABUH TIRAINYA...

selasa 15 September 2009 bersamaan 25 Ramadan 1430H, di SK Jengka 8 aku ikuti program tadarus Al Quran sepanjang Ramadan bersama murid SK Jengka 8, hari ini last pembacaan, sok xyah datang dah bertadarus bersamaku , lagi pulak aku sok cuti rehat nak ke Felda Belara di Terengganu untuk hadiri program Tadarus & Khatam Al Quran Felda Wilayah..,, dalam kumpulan aku tuu yang lancar bacaan Al Qurannya anak cikgu azemi (Amir Fikri) dan ada budak pompuan sorang namanya asyikin anak sape tah aku tak perasan..,, aku , kakmah , cikgu zul dan wan banyak membantu untuk menamatkan juzuk2 yang kumpulan kami kena baca. petang gi Pasar Ramadan di Jerantut, dekat2 last puasa ni kami suka meronda n meninjau2 suasana di pasar ramadan.. malam tadarus kat masjid , malam ni aku bersama adik angkat aku muhammad hafiz , lancar dan kemas gak pembacaannya macam aku gak.. padanlah tuuu adik & abang same lancar bacaan, moga sampai ke penamatnya, insyallah..






Kumpulan Tadarus aku di SK Jengka 8 tahun 2009




Ni dia Muhammad Hafiz , pelajar Maahad Sultan Hj Ahmad Shah, Jengka

kumpulan2 tadarus di Masjid sepanjang Ramadan 1430H

Sunday 13 September 2009

Rahsia Bulan Kelahiran..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

OKTOBER
Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday 1 September 2009

Hari ke 11 dalam bulan Ramadan Al Mubarak

JOM KITA CUBA AMALKAN AMALAN INI....

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

Perhimpunan Khas Hari Kemerdekaan Ke-52 Daerah Maran Tahun 2009

Isnin, 31 Ogos 2009 .. aku menghadiri Perhimpunan Khas Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Maran Tahun 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Maran.. Bagi mewakili pengerusi yang tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Acara bermula 7.30 pg hadirin mengambil tempat, Pengerusi2 dan wakil KRT di tempatkan di tengah dewan. Majlis di disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran mewakili Menteri Besar Pahang . Persembahan nyanyian lagu diiringi oleh kumpulan koir Majlis Daerah Maran, antara lagu2 yang dipersembahkan : Negaraku, Jalur Gemilang, Malaysiaku Gemilang dan lagu 1 Malaysia. Selepas nyanyian tersebut diadakan pula majlis penyampaian hadiah pertandingan sepanduk terbaik bagi 3 kategori disusuli dengan bacaan Ikrar rukun Negara oleh wakil 3 bangsa , melayu, cina dan india, perhimpunan ini di akhiri dengan laungan Merdeka sebanyak 7 kali diketuai oleh Pegawai Daerah Maran...



Sebahagian hadirin yang hadir

Guru2 Tabika Perpaduan Daerah Maran