Friday 18 September 2009

Mula Start Cuti Raya ..

Jumaat, 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadan 1430H, cadangnye nak ke Jerantut nak matikan setem hasil.., samada nak gi pesuruhjaya Sumpah atau Pejabat Daerah, sebabnya semua pejabat buka lagi, yang dah bercutinya Warga Pendidik termasuklah aku ni.. Si Desa ni nak meronda bandar hari ini menjelang raya, dah raya nanti kedai tutup tapi lepas raya biasenya cepat bukanya.. Dah kerje si peniaga kan!! .
Biasanye ayah koi buat lemang kalo raya2 ni , tak taulah pulok tahun ni, tapi juadah special umah koi yang memang tiap2 tahun membuatnya " Mee Sup Thailand " namenya.. rumah orang lain memang tak jumpe di jengka ni, menunya n bahan2nye orang anggap macam "Pecal" tapi ia bukan pecal tuhh..
Raya pertama, beraya di jengka ni je, tp raya ke 2 balik kampung machang gelap, chenor lah.., ziarah kubur arwah tok dan tokki kedua2 belah mak dan ayah koi,, biasenya sepupu koi kat kg tu , abang safnan dan abang safri nak sertai sekali menziarah .. x taulah pulok tahun ni,,, xde lagi call koi.. kalu ramai lagi meriah..dapat mengimbau semula masa koi kecik2 dulu lepas sembahyang raya kat masjid kg pantai tu, seronok kalo gi kubur, maklumlah masa budok manelah reti ape2, masa tu ramai yang datang, kalau duit ni, tak muat kocek nak isi .. Yealah orang yang datang berziarah bawa duit syiling, banyak pulok tuu.. Segalanya telah menjadi kenangan yang xkan dapat koi lupakan, insyaallah..
Lain pulok di Felda ni, kalo gi kubur sekadar ziarah ajelah xde pun macam koi kecik2 dulu dapat duit sedekah dari orang yang berziarah x kiralah orang yang dikenal atau tak, banyak bezanya.. itulah suasana hidup di Desa..
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI " , MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 comments:

  1. Keseronokan beraya di kampung jauh bezanya dari di bandar..rumah sentiasa terbuka..
    se lagi, mane nak melawan zaman raya skarang ngan dedulu..mungkin pasal kita dah tua kot :o)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan bloggers..

    ReplyDelete
  2. Dulu kakau nak balik Macang Gelap kene tunggu motor air kan....tapi le ni lepas dh ande jambatan taklah tunggu sampai gelap..hu..hu

    ReplyDelete